berita

Giliran Model Bangladesh Pula Bidas Kecaman Netizen Malaysia

November 5th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Pernah tular seorang model lelaki Bangladesh pertama yang muncul di pentas peragaan London Fashion Week (LFW) pada September lalu. Ramzan Miah mula berkecimpung dalam dunia peragaan sejak berusia 17 tahun lagi. Ramai yang tidak percaya model ini berasal dari Bangladesh.

Artikel berkiatan: Siapa Model Keturunan Bangladesh Yang Berjaya Tarik Perhatian Di Minggu Fesyen London Ini

Ternyata Ramzan Miah turut menerima kecaman hebat dari netizen Malaysia di laman Instagram rasminya. Ini respon bidas model Bangladesh itu sejurus terima kecaman tersebut. Perghhh padu!

Terkejut ditentang netizen

https://www.instagram.com/p/BpXtSa7AJGi/

Sepastinya ramai yang meninggalkan kecaman di ruangan komen Instagram Ramzan Miah ini. Menerusi portal World of Buzz, model lelaki Bangladesh itu terkejut terima kecaman dari netizen terutamanya Malaysia. Dia juga tidak sangka pembabitan kariernya itu dapat tentangan dari masyarakat.

I was shocked in a way as I was showcasing more about the diversity side and encouraging other ethnicity to be more aware of the changes in this industry.

Walaubagaimanapun, dia ingin membuat perubahan dalam dunia peragaan dan menggalakkan lebih ramai etnik dari pelbagai negara muncul di pentas peragaan terbesar dunia.

Tetap menyebarkan vibe positif

https://www.instagram.com/p/BpC5_8lnrd3/

Meskipun sering terima kecaman di ruang komen Instagram, dia tetap positif dan akan menyebarkan juga vibe yang positif buat pengikutnya.

I think as people, we automatically judge, which I can completely understand! However, we need to find ways of adjusting this judgement and just share the love, not hate.

Tambahnya lagi, dia tiada hak untuk menyekat pengikut di laman sosial untuk menilai dirinya. Bagaimanapun, dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sedemikian dan tetap untuk berfikir positif dengan kecintaan, bukan kebencian semata.

Hindari komen negatif

https://www.instagram.com/p/Bn3sAgAHa2x/

I have had really nice support from the Malaysian community after the incident which I’m truly grateful for! There’s always going to be negative people in life so it’s how you overcome it. For this situation, the positive comments helped a lot!

Sebagai rakyat Malaysia yang berwibawa, kita jangan sesekali memandang rendah orang lain. Terutamanya dalam aspek budaya, etnik, masyarakat dan agama. Setidaknya, kita perlu memberi semangat dan menjadikan ia sebagai inspirasi dalam hidup.

Sumber: World of Buzz, Ramzan Miah

SKIP THIS AD ×