berita

Girl’s Day Gegar Malaysia Mac Ini!!

February 1st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Girl's Day

Merujuk kepada artikel ‘U-KISS & Demi Lovato Gegarkan Twin Towers @Live 2013,’ di sini terdapat pengumuman baru yang ingin OHBULAN! sampaikan, di mana untuk makluman acara muzikal yang bakal berlangsung pada bulan Mac ini bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan penyanyi wanita dari Korea iaitu ‘Girl’ Day.’

Ini adalah kali pertama ‘Girl’ Day’ datang ke Malaysia dan kumpulan yang terdiri daripada empat orang gadis comel ini dikatakan telah mula dikenali di Korea Selatan sejak mereka melancarkan album pertama yang berjudul ‘Girl’s Day Party 1’ pada tahun 2010.

Mengulas lebih lanjut mengenai Girl’s Day, sebelum ini mereka pernah keluarkan beberapa mini single seperti Everyday, Everyday 2, Don’t Forget Me serta Girl’s Day Party #5.

Sebarang maklumat lanjut mengenai Acara muzikal Twin Towers @Live 2013 ini, anda boleh layari laman Facebook dan Twitter Twin Towers @Live 2013 di www.facebook.com/TwinTowersAlive dan https://twitter.com/TT_Alive.

Jom layan video klip Girl’s Day selepas ini dengan lagu mereka berjudul ‘Don’t forget me.’ :

SKIP THIS AD ×