berita

Golden Disk Award 27 : Video Ketibaan Artis-Artis K-Pop Oleh Peminat Malaysia

January 15th, 2013 | by Ai

Jujur kami katakan, peminat-peminat artis K-Pop di Malaysia memang mempunyai bilangan yang ramai dan sehingga kini sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.

Mungkin merupakan tahun yang paling bertuah bagi peminat K-Pop di Malaysia, acara Golden Disk Award edisi ke 27 telah memilih Malaysia sebagai lokasi bagi acara yang penuh berprestij ini. Menerusi pihak penganjur, 25 artis K-Pop telah disahkan hadir ke majlis anugerah ini antaranya Shinee, Super Junior, Kara, B2ST, B1A4 dan juga FT Island.

Kelmarin, 10 artis K-Pop telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan peminat dilihat sanggup menunggu semata-mata untuk melihat artis kegemaran mereka.

Disini, OHBULAN! masukkan beberapa buah video rakaman amatur oleh peminat di sekitar ketibaan bintang-bintang dari Korea Selatan ini.

Untuk pengetahuan, Golden Disk Award ke 27 akan berlangsung selama 2 hari bermula hari ini (15 – 16 Januari 2013) di Sepang International Circuit.

SHINEE

SUPER JUNIOR

KARA

B2ST

B1A4

BTOB

SKIP THIS AD ×