berita

Google Shopping Mudahkan Urusan Membeli-belah

August 28th, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Screen Shot 2013-08-28 at 10.58.40

Pasti ramai yang pernah menghadapi satu keadaan di mana segala benda yang terjadi di sekelling seakan tidak memihak kepada anda, lebih-lebih lagi selepas segala rancangan telah dibuat. Betul tak?

Contoh yang paling lazim ialah apabila anda terlebih teruja untuk keluar membeli-belah tetapi ada sahaja halangan mengganggu seperti tersesat, barang yang dicari tidak menepati citarasa dan sebagainya.

Bagi mereka yang berhijab, pelbagai gaya dan fesyen tudung terkini pasti membuatkan anda teringin untuk mendapatkannya hingga sanggup berhabis masa dan wang ringgit.

Jadi untuk memudahkan pencarian anda, Google Shopping kini menawarkan aplikasi terbaik yang boleh digunakan untuk membantu anda membeli-belah di atas talian.

Screen Shot 2013-08-28 at 11.00.33

Anda juga boleh membuat senarai membeli-belah selepas melihat barangan yang diperlukan di Google Shopping ataupun laman web yang lain.

Namun, jika anda masih ingin merasai sendiri pengalaman membeli-belah di kedai sebenar, Google turut menyediakan beberapa kemudahan sebelum anda keluar rumah.

Dengan adanya fungsi Search di Google, anda boleh mencari jenis tudung yang menjadi idaman hati, bahkan anda boleh tentukan warna yang dicari di Image Search.

Screen Shot 2013-08-28 at 10.41.20

Bagi yang memiliki telefon pintar, apa kata anda mencuba aplikasi Voice Search di Google untuk mengetahui keadaaan cuaca sebelum anda keluar membeli-belah. Pastinya anda tidak mahu hujan mengganggu keseronokan anda, kan?

Maka, gunakanlah teknologi sebaik mungkin kerana ia mampu menjadikan kehidupan seharian anda lebih mudah diuruskan. Selamat membeli-belah!

SKIP THIS AD ×