berita

Graduan Fesyen Kreatif Hasilkan Gaun Bendera Terbiar Tepi Jalan

May 15th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Selepas berakhirnya PRU ke-14 banyak bendera parti kelihatan dibiarkan begitu sahaja disekitar kawasan perumahan. Seorang anak muda, Stokin Wafiey mengambil peluang ini untuk tampil lebih kreatif dengan mencipta busana menggunakan bendera parti politik. Malah, dia memperagakan pakaian tersebut di tengah jalan dengan penuh yakin.

Lihat koleksi busana ciptaan kreatif dan video catwalk di tengah jalan yang begitu yakin!

Hanya ingin mencurahkan bakat

Kami mohon maaf sebab ambil bendera-bendera ni. Tapi kami tak bakar atau buang bendera tu, sebaliknya kami gunakan bakat yang ada dan curahkannya untuk menghasilkan busana tanda kebanggaan di atas kemenangan Pakatan Harapan yang diterajui oleh Dr Mahathir.

Graduan fesyen UiTM

Demi Tun M sesubuh hari kami bangun merembat bendera Pakatan Harapan takut orang nampak. Saya confident (yakin) catwalk satu taman.

Kesemua busana yang tular ini adalah cetusan idea graduan Diploma Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu Muhamad Zulwafi Ahmad Rosli. Graduan ini berkata pada awalnya mahu menghasilkan rekaan berinspirasikan selebriti antarabangsa semasa acara karpet merah majlis kutipan dana amal Met Gala di New York, baru-baru ini.

Inspirasi dari pereka fesyen terkenal

https://www.instagram.com/p/BijtEo9j9rY/?taken-by=stokin_wafiey

Tetapi busana tersebut dilihat lebih seksi kerana kainnya begitu terdedah sehingga menampakkan kaki. Jadi, saya menggunakan konsep ‘princess’ dengan gaun kembangnya kelihatan seperti seorang puteri di acara Met Gala. Gaun malam itu mengikut bentuk rekaan berinspirasikan pereka fesyen terkemuka, mendiang Oscar de la Renta dan gaya turban seperti yang dipakai oleh selebriti tempatan, Neelofa yang menjadi tular baru-baru ini.

Jadi, rekaan gaun malam ‘Pakatan Harapan’ ini adalah gabungan inspirasi terkenal dan trend semasa. Kami keluar seawal pukul 5 pagi pada 10 Mei (Khamis) untuk ambil bendera-bendera ni takut orang nampak. Tapi kami mula menjahit sendiri untuk dijadikan gaun malam bermula pukul 5 petang hari yang sama, sebelum saya buat ‘catwalk’ di jalan depan rumah selepas siap.

Difahamkan setiap rekaan busana tersebut turut dibantu oleh 2 orang rakannya yang lain iaitu Farrahiya Abd Rahim dan Mohd Farhairuddin Anuar.

Sumber: mStar OnlineStokin Wafiey

SKIP THIS AD ×