berita

Guna 2 Bahan Saja, Resipi Almond Cluster Kuih Raya Paling Banyak Permintaan!

April 27th, 2020 | by Amat
MyResipi

Sambutan hari raya tahun ini mungkin agak sedikit berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Suasana kemeriahan dan keseronokan membuat kuih raya juga sepastinya berbeza. Jangan risau, hari raya tahun ini tetap bermakna buat kita semua dengan menikmati kuih-kuih raya yang dibuat oleh para ibu atau isteri.

Mungkin anda boleh menyediakan kuih Almond Cluster yang ringkas ini. Resipi yang dikongsi Sabariah Sareh Saad ini hanya menggunakan dua bahan sahaja dan sesiapa sahaja boleh membuatnya. Mudah je…

Hanya sediakan 2 bahan sahaja

Bagi membuat Almond Cluster ini anda perlu menyediakan hanya dua bahan sahaja. Sediakan sekilo badam yang telah dicincang dan 500 gram coklat Coin Beryls atau coklat susu.

Cara membuatnya

Langkah pertama bagi menghasilkan Almond Cluster yang sedap ini anda perlu panggang dahulu badam sehingga rangup. Suhu 160 darjah selama kira-kira 20 minit. Pastikan badam itu kelihatan kekuningan dan rangup. Masa bakar pastikan semua badam kena haba oven itu.

Guna teknik double boil

Cairkan coklat guna teknik double boil. Kemudian, ambil badam yang telah dipanggang tadi dan campurkan ke dalam coklat yang dah dicairkan. Gaul hingga rata.

Siap! sedapnya…

Sudukan ikut saiz kesukaan anda. Jika nak dimasukkan ke dalam acuan paper cup pun tidak jadi masalah. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk supaya coklat mengeras dengan cepat. Sekejap saja, dalam 2 hingga 3 minit dah keras coklatnya.

Selepas coklat dah mengeras, bolehlah simpankan kuih yang dah siap tadi ke dalam bekas kedap udara. Jangan risau, coklatnya takkan cair. Selamat mencuba!

Sumber: Sabariah Sareh Saad

SKIP THIS AD ×