Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Itulah pengorbanan dan kesusahan seorang ayah yang dapat digambarkan demi mencari rezeki buat keluarga tersayang.
Seperti perkongsian Syamieyl di Twitter, pada suatu petang dia terjumpa seorang pekerja Food Panda sedang menghantar makanan dalam hujan lebat. Lebih menyedihkan apabila dia hanya menggunakan basikal ke destinasi dituju.
Redah hujan lebat
Perkongsian tersebut setakat ini sudah mendapat lebih 1.4k retweet dan 2k likes daripada orang ramai. Rata-rata tersentuh apabila mendapat tahu dia hanya menggunakan basikal yang sudah kelihatan uzur.
Hanya pakai baju bundle
Dengan niat untuk menghulurkan sedikit bantuan, lelaki ini telah menghubungi dan meminta izin untuk berjumpa di sebuah kedai. Difahamkan, sebelum lelaki tersebut datang ke kedai makan, dia sempat singgah ke kedai pakaian bundle membeli baju hujan yang bernilai RM3 untuk tiba ke destinasi dalam keadaan hujan.
Beli basikal dari duit sumbangan
Setelah mendapat sejumlah sumbangan daripada orang ramai melalui platform media sosial, Syamieyl membelikan sebuah basikal untuk dihadiahkan kepada individu tersebut. Dia juga menghantar hadiah tersebut sampai ke depan rumah pekerja Food Panda itu.
Terharu dapat basikal
Air mata pekerja Food Panda tersebut itu mengalir sebak setelah terlihat basikal yang dihadiahkan kepadanya. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringankan lagi beban individu tersebut. Terima kasih juga kepada orang ramai yang telah menghulurkan sumbangan.
Sumber: Syamieyl