Siapa tidak kenal dengan chef selebriti terkenal iaitu Nusret Gokce atau lebih dikenali sebagai ‘Salt Bae’. Dia sebelum ini popular dengan gelagatnya menabur garam ke atas stik pernah curi perhatian dunia.
Terbaru, memetik laporan New York Post, chef popular itu berdepan dengan tuntutan saman sebanyak AS$5 juta (sekitar RM20 juta) kerana dipercayai telah ‘ciplak’ karya seni seorang seniman dari Brooklyn, Amerika Syarikat iaitu William Hicks.
Guna imej tanpa kebenaran
Kredit foto: New York Post
William Hicks mendakwa ‘Salt Bae’ telah menggunakan karya seninya tanpa kebenaran apabila dia dan rakannya, Josphe Lurato ditugaskan untuk menghasilkan lukisan mural di restoran milik Salt Bae itu.
Lukisan tersebut memaparkan Salt Bae sedang menabur garam seperti mana aksi tersebut telah diketahui di seluruh dunia.
Turut digunakan ke beberapa restoran lain
Kredit foto: New York Post
Pada awal tahun 2020, William Hicks mendapat tahu ‘Salt Bae’ menggunakan imej berkenaan di seluruh dunia termasuk untuk papan tanda digital, menu, pengelap, pek makanan dan label perasa tanpa kebenarannya.
Tertuduh didapati terlibat dalam penggunakan karya asal secara tidak sah ke merata tempat termasuk restoran di New York, Dubai dan Istanbul.
Sumber: New York Post