berita

Guna Pisau Kelar Tengkuk, Warga Emas Bunuh Diri Selepas 2 Kali Positif Covid-19

January 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Seri Kembangan, Kuala Lumpur, seorang warga emas ditemui mati selepas disyaki membunuh diri di rumahnya sendiri.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mati Kerana…’ – Sempat Tulis Nota ‘Bunuh Diri’, Pembantu Perubatan Maut Dipercayai Terjun Bangunan

Menerusi laporan Malaysia Gazette, warga emas tersebut dipercayai mengalami kemurungan sejak disahkan positif Covid-19 pada 8 Januari lalu.

Berlumuran darah dengan kesan kelar

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, mayat mangsa ditemui berlumuran darah dengan kesan kelar pada tengkuknya. Tambah beliau, kejadian tersebut berlaku di rumah teres dua tingkat milik mangsa di Bandar Putera Permai Seri Kembangan.

Siasatan polis mendapati mangsa telah membuat ujian calitan Covid-19 di hospital swasta pada 7 Januari lalu sebelum didapati positif keesokan harinya manakala dia menjalani ujian caltan kali kedua pada 18 Januari lalu dan keputusan pada 20 Januari lalu sekali lagi menunjukkan si mati (mangsa) masih positif.

Mangsa telah membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan Covid dan sering mengatakan kepada isterinya bahawa dirinya lebih baik mati.

Mengulas lebih lanjut, Razali memberitahu bahawa mangsa sebelum itu sering mengadu kepada isterinya yang dirinya tidak sanggup menahan sakit dengan wabak tersebut.

Mangsa turut meluahkan hasrat mahu mati sahaja. Sebelum meninggal dunia, mangsa juga telah mengajak isterinya ke sebuah bank berhampiran untuk mengeluarkan wang sebanyak RM40 ribu bagi tujuan perbelanjaan rawatan diri sendiri.

Tiada kesan pecah masuk

Menurut isteri mangsa pula, suaminya sering mengadu kesakitan dan berada dalam keadaan murung sejak disahkan positif Covid-19.

Hasil siasatan pihak polis juga, tiada sebarang kesan pecah masuk dan umpilan yang berlaku di rumah mangsa. Di samping itu, tiada sebarang barangan berharga hilang di dalam rumah mangsa manakala, rumah mangsa turut berada dalam keadaan yang teratur dan baik. Jiran mangsa turut memberitahu bahawa mereka tidak mendengar sebarang pertengkaran ataupun orang menjerit pada masa tersebut.

Mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk proses autopsi dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga menunggu laporan bedah siasat itu.

Menurut, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku dan mangsa didapati mati akibat kesan kelar pada tengkuknya. Pisau yang digunakan oleh mangsa itu turut ditemui di sebelah mayatnya.

Sumber: Malaysia Gazette

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×