berita

Guru Mengaji Al-Quran Ditahan, Disyaki Rogol 27 Gadis

June 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang guru Al-Quran telah ditahan oleh pihak polis selepas beberapa minggu melarikan diri kerana didakwa telah merogol 27 orang pelajar perempuan.

Artikel Berkaitan: Gadis Bawah Umur Dirogol 11 Orang Sehingga Rahim Mengalami Jangkitan

Artikel Berkaitan: Isteri Tak Layan Kehendak Seks, Punca Ayah Rogol Anak Sampai Hamil & Buang Bayi

Mangsa bawah umur

Gambar sekadar hiasan

Menurut laporan The Sun Daily, pihak polis berkata guru mengaji tersebut melakukan perbuatan keji itu di Touba, Senegal, Afrika.

Difahamkan suspek sempat melarikan diri setelah terdapat mangsa yang tampil membuat laporan berhubung kes berkenaan.

Dia ditahan pada Isnin selepas menyerahkan dirinya kepada polis. Selepas disoal siasat, suspek kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa.

Guru tersebut disyaki merogol seramai 27 orang pelajar namun tiada butiran tepat berhubung usia pengadu dan tarikh jenayah tersebut dilakukan.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan bahawa mangsa adalah pelajar bawah umur iaitu didakwa berusia 15 tahun dan difahamkan sekolah tersebut telah ditutup.

Dalam pada itu, akhbar Le Jour melaporkan perbuatan lelaki itu terbongkar apabila salah seorang pelajar enggan kembali ke sekolah kerana mendakwa guru tersebut telah melakukan hubungan seksual dengannya dan juga pelajar-pelajar lain.

Sumber: The Sun Daily 

SKIP THIS AD ×