berita

Gadis Bawah Umur Dirogol 11 Orang Sehingga Rahim Mengalami Jangkitan

June 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang gadis berusia 16 tahun telah menjadi mangsa rogol oleh 11 orang suspek yang terdiri daripada anggota polis, ketua kampung dan guru.

Artikel Berkaitan: Datuk Tiri ‘Ratah’ Cucu Berusia 6 & 7 Tahun

Artikel Berkaitan: Isteri Tak Layan Kehendak Seks, Punca Ayah Rogol Anak Sampai Hamil & Buang Bayi

Dijanjikan pekerjaan

Gambar sekadar hiasan

Kejadian kejam itu bermula ketika mangsa datang ke pos bencana banjir di Parigi Moutong, Indonesia pada Julai 2022. Semasa berada situ, mangsa berkenalan dengan salah seorang suspek yang menjanjikannya pekerjaan di sebuah restoran.

Dilaporkan sejak dari itu, seorang demi seorang suspek didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun dengan pelbagai cara termasuk menawarkan mangsa dadah jenis methamphetamine dan mengugutnya dengan senjata tajam.

Difahamkan kes itu terbongkar apabila mangsa berasa sakit pada bahagian perut dan dibawa ke hospital oleh ibu bapanya lalu dia menceritakan tentang hal sebenar kepada mereka.

Gadis malang itu dilaporkan mengalami jangkitan pada rahim dan kini dirawat di sebuah hospital di Bandaraya Palu serta menerima bantuan daripada Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak di Sulawesi Tengah.

10 suspek dikenalpasti

Gambar sekadar hiasan

Susulan itu, menurut Ketua Polis Daerah Parimo, AKBP Yudy Arto Wiyono berkata pihaknya telah berjaya menahan sebanyak 10 daripada 11 penjenayah yang telah dikenalpasti sebagai suspek.

Dalam pada itu, polis turut merampas bahan bukti kes ini iaitu sehelai seluar pendek hitam, sehelai baju lengan pendek berwarna ungu dan sehelai seluar berwarna coklat milik mangsa termasuk sebuah kenderaan.

Difahamkan, lima daripada suspek menawarkan wang antara 50,000 Rupiah (RM15.43) hingga 500,000 Rupiah (RM154.29), malah ada di antara mereka yang menyediakan makanan, pakaian dan telefon bimbit kepada mangsa.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×