berita

Guru ‘Psycho’ Beri Pelajar Makan Cupcake Berperisa Sperma Suami, Terlibat 150 Pertuduhan Jenayah Rogol & Pornografi

February 16th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Daily Star

Seorang guru wanita di Livingston, Louisiana, Amerika Syarikat dikenakan hukuman penjara selama 41 tahun selepas mengaku bersalah terlibat dalam kes rogol.

Suspek yang dikenali sebagai Cynthia Perkins turut didakwa meletakkan sperma suaminya ke atas kek cawan sebagai perisa ‘tambahan’ sebelum diberikan kepada pelajarnya.

Guna sperma suami

Foto: Daily Star

Memetik laporan Daily Star, suspek mengaku melakukan beberapa jenayah melibatkan seks dan dia pada mulanya tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun suspek mengaku bersalah atas pertuduhan penghasilan pornografi kanak-kanak dan mencampurkan sperma pada kek cawan sebelum diberikan kepada pelajar sekolah Westside.

Difahamkan, tindakan meletakkan sperma di atas kek cawan itu dilakukan bersama suaminya, Dennis yang sebelum ini berkhidmat sebagai pegawai polis SWAT berpangkat tinggi.

Berdepan dengan 150 tuduhan

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, pasangan ini pada mulanya berdepan dengan 150 pertuduhan jenayah melibatkan rogol, pornografi kanak-kanak, dan voyeurisme video (rakam alat sulit orang lain tanpa kebenaran).

Ujar Peguam Negara, Jeff Landry, suspek akhirnya mengaku akan kesalahan yang dilakukannya di mahkamah.

Difahamkan wanita ini meletak jawatan pada tahun 2019 berikutan penahanannya dan dia kini dijatuhkan hukuman selama 41 tahun atas kesalahan yang dilakukan.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×