Semalam, kecoh di media sosial mengenai isu kediaman, barang dan kereta jenama mewah milik usahawan kontroversi Datuk Seri Vida disita.
Artikel Berkaitan: Gagal Bayar Kontraktor RM1Juta, Barang Rumah Vida Termasuk Empat Kereta Mewah Kena Sita
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B ‘Buka Mulut’ Selepas Dituduh Main Telefon Dalam Kelas – ‘Pensyarah Bagi Kami Kebenaran Untuk Cari Maklumat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Buat ‘House Tour’ Banglo Lima Bilik Cik B Di Sepanyol, Sewa RM5,000 Sehari – ‘Rumah Tu Nampak Menakutkan’
Terbaru, Cik B tampil dan meminta netizen untuk bersabar berikutan isu tersebut.
Sabar la
Menerusi sebuah posting di Instagram Story, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, berharap orang ramai bersabar dan tidak terlalu bimbang dengan keadaan tersebut. Tambah Cik B, dia percaya perkara itu akan selesai tidak lama lagi.
Korang sabarlah fasal yang kena sita itu. Insya-Allah semua akan okay.
Terdahulu, media melaporkan beberapa aset Vida di Ipoh, Perak terpaksa disita.
Perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn Bhd.
Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan pada sekitar 9 pagi di kediaman rumah Vida atau Hasmiza Othman.
Difahamkan, Vida dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.
Semua akan okey
Sumber: Cik B