berita

HABIB Keluarkan Lagu Raya Pertama Mereka Berjudul ‘Irama Aidilfitri’, Korang Dah Dengar?

May 11th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Bulan Syawal dah semakin menghampiri kita. Macam tak sangka kan? Paling seronok bila dekat nak raya ni, memang tak sah kalau tak dengar lagu raya. Baru la naik mood dan feel nak sambut raya tu!

Haa.. Cakap pasal lagu raya ni kan, kami dengar cerita yang HABIB ada keluarkan lagu raya baru tau. Ni first time mereka keluarkan lagu raya wei!

‘Irama Aidilfitri’, lagu raya special daripada HABIB untuk hiburkan korang!

Surprise! Korang dah tahu ke belum pasal ni? HABIB dah keluarkan lagu dan video muzik raya pertama mereka berjudul ‘Irama Aidilfitri’. Bila kami dengar lagu dan tonton muzik raya ni, serius unik. Lain dari yang lain beb!

Jangan terkejut ya. HABIB ni jenama barang kemas pertama di Malaysia yang buat lagu dan video muzik raya. Senang cerita, satu-satunya jenama barang kemas yang keluarkan lagu raya. Hebat gila ah.

Korang kena dengar lagu raya ni sebab serius best. Video muziknya pun cukup menarik!

Buat orang rindu suasana raya di kampung!

Lagu dan video muzik raya ‘Irama Aidilfitri’ nampak ceria betul. Macam suasana raya di kampung. Kami jamin korang akan seronok tonton video muzik raya ni!

Bila dapat tahu yang lagu raya ni digubah oleh komposer dan penyanyi terkenal, Awi Rafael, memang terkejut la. Dia pun terlibat dalam penghasilan video muzik ni. Patut la gempak semacam kan?

Banyak elemen muzik, ramai artis popular pulak tu

Nak tahu apa yang unik tentang lagu raya ‘Irama Aidilfitri’? Lagu ni ada banyak elemen muzik berbeza seperti rap, beat timur tengah, pop, rock dan soul. Memang havoc la!

Lebih-lebih lagi bila dapat tahu ada Ning Baizura, penyanyi ‘soul’ tanahair dalam lagu raya ‘Irama Aidilfitri’ ni. Suaranya yang merdu tu boleh buat naik bulu roma kot.

Lagi terperanjat bila tengok video muzik lagu raya ‘Irama Aidilfitri’. Tiz Zaqyah, pelakon terkenal pun menyanyi wei. Bukan senang nak dengar dia nyanyi tau. Part rap daripada Bunga Isme pun gempak!

Paling menarik, ada penampilan khas Che Ta dalam video muzik sebagai duta kempen raya HABIB. Cemburunya tengok Che Ta ni sentiasa cantik. Echa dan Naailah, hos LIVE HABIB pun ada dalam video muzik ni.

Nampaknya ramai artis dengan gaya dan identiti yang berbeza bersatu dalam video muzik raya ‘Irama Aidilfitri’. Patut la meletop habis!

Barang kemas ni memang ramai yang beli sempena hari istimewa seperti pertunangan, perkahwinan, hari jadi dan lain-lain. Korang pun mesti macam tu jugak kan?

Sebab tu HABIB keluarkan lagu dan video muzik raya tahun ni. Sinonim sangat dengan slogan HABIB, ‘The Gift of Happiness’. Video muziknya cukup dengan suasana bahagia. Kita yang tengok pun happy gila!

Keluaran koleksi baru HABIB, ‘Ananas’ yang cantik di Hari Raya!

Haa.. Tahun ni HABIB keluarkan koleksi Oro Italia 916 baru yang dinamakan ‘Ananas’ iaitu versi ‘Grande’ yang telah diperbaharui. Koleksi ni hanya boleh didapati secara eksklusif di HABIB je tau.

Koleksi Grande ni kalung yang paling dicari ramai untuk Raya tahun lalu, lebih-lebih lagi lepas tengok Che Ta memakainya.

Rantai leher Ananas Oro Italia 916 paling digemari ramai!

Koleksi berlian pulak tampil dengan pelbagai rantai panjang dan loket besar dengan motif bunga-bungaan serta set gelang tangan dan cincin.

Korang boleh tengok gambar-gambar kat bawah. Semua cantik. Sesuai kalau nak berhias di Hari Raya.

Oh ya! Korang jangan lupa dapatkan wafer emas raya 999 edisi terhad oleh HABIB ni. Ia boleh didapati dalam set, dengan reka bentuk tanglung (lantern) berharga RM472. Tak ada kat tempat lain, HABIB je yang ada!

Jom dengar & tonton video lagu ‘Irama Aidilfitri’ oleh HABIB untuk raya ni!

Lagu ‘Irama Aidilfitri’ dah ada di Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music. Korang boleh tonton video muzik ‘Irama Aidilfitri’ ni di saluran Youtube Habib Jewels. Jangan lupa tengok tau!

Nak info lebih lanjut? Layari laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com atau ikuti media
sosial mereka di Instagram @habibjewelsofficial.

Selamat Hari Raya guys!

SKIP THIS AD ×