Foto: AirBnB
Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat, pasti ramai yang merancang bercuti bagi menghabiskan cuti tahunan dan melegakan fikiran. Apa salahnya sekali sekala luangkan masa bercuti bersama keluarga. Namun jangan lupa operasi standard prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Percutian yang terbaik mestilah tempat penginapan yang mempunyai fasiliti lengkap, cantik dan pemandangan yang memukau. Kali ini kami ingin berkongsi tempat penginapan yang mempunyai pemandangan cantik dan indah di Malaysia, yang ada di dalam aplikasi ‘AirBnb’.
Spyder Hill, Seremban, Negeri Sembilan
Foto: AirBnB
Rindukan kehijauan alam flora? Spyder Hill, Seremban adalah tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi kerana ia terletak berdekatan Hutan Simpan Berembun. Ia menyediakan dekorasi perabot berunsurkan kayu dan dihiasi pemandangan pergunungan Hutan Simpan Berembun yang menghijau dan pemandangannya yang cantik lebih-lebih lagi pada waktu malam apabila langit dipenuhi dengan bintang.
Foto: AirBnB
Villa ini juga menyediakan macam-macam cara untuk pengunjung menikmati alam semulajadi. Antaranya balkoni terbuka yang mempunyai tempat tidur gantung dan berdekatan dengan sungai untuk anda beriadah dan sebagainya. Segalanya cukup lengkap dan sempurna untuk harga yang murah bermula dari RM350+ satu malam.
AirBnB: Spyder Hill
Coastline Seaview Duplex, Georgetown, Pulau Pinang
Foto: AirBnB
Apartmen dua tingkat ini menyediakan pemandangan laut di Georgetown, Pulau Pinang yang luas dan cukup memukau. Tempat penginapan ini mempunyai dekorasi yang serba moden dan sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga dan anak-anak kecil kerana tempatnya agak luas. Ia juga terletak tidak jauh daripada pusat bandar.
Foto: AirBnB
Bagi anda yang merancang bercuti bersama keluarga, apartmen ini memang pilihan tepat kerana dilengkapi dengan 2 bilik tidur, 10 katil dan 2 bilik mandi yang mampu memuatkan 10 orang pada satu masa. Kemudahan yang ada disini adalah kolam renang infiniti, parkir percuma dan gimnasium. Harga sewa apartmen dua tingkat ini sangat murah dan berpatutan, ia bermula dari RM86+ satu malam.
AirBnB: Coastline Seaview Duplex
Best Mountain Stay, Genting Highlands
Foto: AirBnB
Terletak di Genting Highlands, siapa sangka wujudnya penginapan tenang seperti ini. Kebebasan fikiran dan jiwa yang dapat dirasai sepanjang penginapan di sini adalah disebabkan oleh keindahan dekorasinya yang diberikan perhatian teliti oleh pemilik serta pemandangan cantik di Genting Highlands sendiri.
Foto: AirBnB
Menggunakan warna-warna natural, ruangan dalam rumah ini kelihatan luas oleh kerana gabungan warna yang digunakan dan ‘skill’ dekorasi dalaman pemilik penginapan ini. Bukan sahaja menarik dari segi dekorasi dan lokasinya, banyak aktiviti menarik yang boleh anda rancang untuk lakukan sekiranya menginap di sini seperti menyegarkan badan di kolam renang dan gimnasium.
Harga penginapan disini sangatlah berbaloi, ia bermula dari RM52 satu malam.
AirBnB: Best Mountain Stay
Seaview Modern Industry, Melaka
Foto: AirBnB
Jiwa anda lebih tertarik kepada pantai? Pilihan penginapan paling sesuai boleh ditemui di Melaka iaitu ‘Seaview Modern Industry’. Ia terletak berhampiran Bandaraya Melaka dan sangat mudah untuk ke tempat tumpuan pelancong kerana jaraknya yang dekat.
Foto: AirBnB
Keindahannya cukup luar biasa, bukan sahaja kerana sentuhan rekaan dalaman yang berunsurkan industrial, tapi juga kerana tingkap luas dari lantai ke silingnya yang menyajikan pemandangan tidak terbatas mentari terbit dan terbenam.
Penginapan ini hanya sesuai untuk 2 orang kerana ia hanya menyediakan 1 katil dan 1 bilik mandi. Namun, harganya yang murah, bermula dari RM75+ satu malam, membuatkan ramai pengunjung tertarik.
AirBnB: Seaview Modern Industrial
Pantai Station, Seremban, Negeri Sembilan
Foto: AirBnB
Terletak berdekatan dengan Kuala Lumpur, ini adalah penginapan terbaik untuk tenangkan jiwa dan fikiran kerana pemandangannya yang cantik. Dari siling hinggalah ke perabot-perabot yang berunsurkan kayu, setiap sudut penginapan ini membuatkan anda terlupa destinasi sebenar anda. Dekorasi dalamannya cukup memukau.
Foto: AirBnB
Ramai pengunjung menginap di sini kerana ia dekat dengan trek mendaki Gunung Berembun. Pantai Station adalah rumah duplex di tepian gunung, menghadap pemandangan hutan menghijau yang menenangkan. Rumah duplex ini boleh memuatkan 4 hingga 7 orang dengan harga yang berpatutan iaitu RM564+ satu malam.
AirBnB: Pantai Station
Lengkap dengan kemudahan yang disediakan, dekorasi dan pemandangan yang cantik, pasti korang teringin untuk menginap di tempat-tempat ni.
Sumber: AirBnB, Says, The Culture Trip.