berita

Habis Kena ‘Sapu’ Dengan Iswara..

April 18th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Risiko sebagai seorang rider penghantar barang atau makanan sangat tinggi. Walaupun mahir menunggang motosikal sekali pun, kecuaian orang lain boleh menyebabkan kemalangan. Begitulah yang terjadi pada sekumpulan penunggang motosikal yang dirempuh sebuah kereta semasa membantu salah seorang penunggang motosikal yang terbabit dengan kemalangan sebelum itu.

Mangsa cedera parah

Ada bro Lalamove ni accident langgar belakang lori. Tebaring tengah jalan motosikal atas dia. Ramai rider berhenti tolong. Tengah jaga jalan. Tengah tunggu ambulance. Tengah jaga bro Lalamove ni jangan bangun bangun sebab darah banyak keluar kat muka dia. Tiba-tiba budak jaga jalan dah jerit lari.

Menurut perkongsian Facebook Mohd Haraziel, sebelum kejadian, seorang penunggang motosikal terbabit dengan kemalangan setelah melanggar belakang lori. Ramai penunggang motosikal yang berhenti menghulurkan bantuan kerana keadaan mangsa didakwa parah kerana banyak darah yang keluar dari muka.

Pemandu kereta ingin larikan diri

Datang satu Proton Iswara putih takda break, takda elak apa. Terus langgar semua motosikal, langgar orang dan langgar bro Lalamove yang tengah nazak tadi. Melambung bro tu kereta lenyek die. Iswara nak lari tapi ada motosikal sangkut bawah kereta dia. Sekian la perasaan mati hidup Semula tadi. Uncle Iswara tu baju biru.

Tambahnya lagi, secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Iswara melulu laju ke arah mereka di bahu jalan. Mangsa yang ketika itu terbaring di tepi jalan melambung apabila dilanggar oleh kereta tersebut. Pemandu kereta tersebut didakwa ingin melarikan diri namun niatnya gagal selepas sebuah motosikal yang dilanggar tersangkut di hadapan keretanya.

Foto-foto kemalangan

Sumber: Mohd Haraziel

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

×