berita

‘Habisla, Rakyat Thai dah Marah’ – Sampai Ke Thailand Dah Isu Trademark Daging Harimau Menangis!

January 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini heboh di media sosial apabila ibu kepada Neelofa, Datin Kartini mendakwa sudah mendaftarkan trademark jenama Daging Harimau Menangis. Menerusi pendaftaran tersebut, ia secara tidak langsung memberikan hak eksklusif kepadanya terhadap jenama itu. Walau bagaimanapun, perkara tersebut telah mengundang kecaman netizen kerana mereka menganggap nama Daging Harimau Menangis sudah lama digunakan sejak dahulu lagi.

Artikel Berkaitan: Netizen Tak Setuju Ibu Neelofa Daftar ‘Trademark’ Daging Harimau Menangis

Artikel Berkaitan: ‘Tak Halang Mana-Mana Pihak Jual Produk Sama Selagi…’ – Pihak Ibu Neelofa Respon Isu Trademark

Artikel Berkaitan: Demi Melindungi Jenama, Akhirnya Ibu Neelofa Batal Permohonan ‘Trademark’ Harimau Menangis

Susulan daripada kontroversi tersebut, seorang warga Thailand tampil memberikan respon menerusi satu tweet di laman Twitter.

Respon warga Thailand

Salah satu syarikat swasta di Malaysia telah mendaftarkan ‘trademark’ ke atas ‘Crying Tiger’ (Harimau Menangis) dengan mendaftar ia sebagai warisan intelektual. Tetapi ianya tidak dipersetujui oleh warga Malaysia kerana mereka tahu jika menu ini adalah berasal daripada Thailand. Perbalahan ini juga telah melambatkan pendaftaran itu untuk diluluskan.

Menerusi tweet yang menggunakan bahasa Thailand itu, menceritakan semula kejadian yang berlaku di Malaysia yang melibatkan Datin Kartini dan isu penggunaan jenama Daging Harimau Menangis. Malahan, tweet tersebut turut menceritakan kegigihan rakyat Malaysia dalam mempertahankan nama menu tersebut.

Tidak berakhir di situ, dia turut menjelaskan rakyat Malaysia cakna mengenai asal usul menu tersebut yang berasal dari Thailand.

Tak setuju dengan tindakan

Menerusi ruangan balas tweet tersebut, rakyat Malaysia tampil menceritakan mereka juga tidak bersetuju dengan tindakan Datin Kartini. Tambahan pula, mereka turut menjelaskan mereka tahu menu tersebut berasal dari Thailand dan tidak boleh sewenang-wenangnya diambil sesuka hati.

Terbaru, menerusi satu laporan akhbar Datin Noor Kartini telah membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama Daging Harimau Menangis.

Sumber: Azlil

SKIP THIS AD ×