Foto: Tangkap layar video
Sudah menjadi kelaziman bagi tetamu yang menghadiri mana-mana majlis perkahwinan untuk memberi hadiah kepada pengantin baru, lagi-lagi yang berkahwin merupakan ahli keluarga sendiri mahupun rakan terdekat.
Artikel Berkaitan: Siap Balut Cantik-Cantik, Pengantin Terkejut Rakan Bagi Hadiah Kahwin Tong Gas
Hadiah tersebut secara tidak langsung sebagai ‘simbolik’ mengucapkan tahniah atas masjid yang telah terjalin dan pada masa yang sama hadiah tersebut dapat digunakan pada masa akan datang.
Hadiah istimewa buat pengantin
Foto: Tangkap layar video
Tapi apa yang melucukan, seperti satu video dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai Engku Faris di laman TikTok yang memberikan hadiah lain daripada yang lain kepada rakannya yang bergelar raja sehari. Menerusi video tersebut, dapat dilihat pengantin lelaki itu pada mulanya ‘terhibur’ dengan hadiah yang diberikan berupa kopi segera yang dipercayai mampu memberi tenaga ‘luar biasa’ buat pengantin lelaki.
Hadiah kahwin paling rare, abad ini
Tidak berakhir di situ, ketika sesi penyerahan hadiah ‘istimewa’ ini rata-rata mereka turut terhibur dan bergelak sesama sendiri. Bahkan, kelihatan pengantin perempuan yang berada di belakang turut tergelak kecil melihat hadiah tersebut.
Video penuh
@engkufaris_Hadiah kawin paling rare abad ini? ##bukankopibiasa? Oh No – Kreepa
Tudia!
Sumber: Engku Faris