berita

‘Hadiah Paling Best Daddy Dapat Untuk Birthday Yang Ke-34’ – Amar Baharin

July 1st, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-34, pelakon Amar Baharin diberi kejutan istimewa apabila isterinya, Amyra Rosli memaklumkan kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi Instagram dan Youtube Amar, dia meluahkan rasa syukur dan berterima kasih dengan rezeki yang dikurniakan buat mereka berdua. Tahniah!

Hadiah paling best di dunia

Video yang berdurasi 1:12 saat itu menunjukkan kemeriahan sambutan ulang tahun kelahiran Amar bersama anak dan isterinya. Pada masa yang sama, Amar turut kongsi foto pregnancy test yang diberi oleh isterinya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya pada tahun ini.

Terima kasih Ya Allah

https://www.instagram.com/p/BzWTTSNpW-0/

Menerusi Instagram Amar, dia bersyukur dan berterima kasih atas rezeki yang dikurniakan. Netizen turut mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa teruja buat pasangan itu.

Selamat hari jadi daddy Aqeef

Rata-rata netizen mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Amar dan tahniah di atas rezeki yang dikurniakan.

Sumber: Amar Baharin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×