berita

Hadir Bersama Ke Konsert, Spekulasi Cinta Qi & Nelydia Terjawab?

March 5th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Qi-5

Sejak kebelakangan ini kerap pula kisah cinta pasangan selebriti ini menjadi perbualan. Kalau anda masih ingat, hubungan mereka berada di dalam keadaan yang baik sahaja sehinggalah drama terbaru lakonan Nelydia dan Sharnaaz Ahmad muncul di kaca televisyen.

Bermula dari situ, timbul pula cerita lain yang membabitkan Qi dan Nelydia hingga ada yang mendakwa percintaan mereka sedang dilanda masalah gara-gara Sharnaaz.

Biarpun ramai yang ingin melihat Nelydia mempunyai hubungan istimewa dengan Sharnaaz, namun nampaknya kini angan-angan mereka hanya tinggal impian sahaja.

Ini kerana malam semalam Qi telahpun memuat naik beberapa keping foto dan video di laman sosial sewaktu hadir ke konsert Foals bersama Nelydia.

qi razali nelydia-4

Jika diperhatikan, boleh dikatakan pertemuan mereka semalam merupakan pertemuan pertama selepas peminat berteka-teki mengenai status hubungan pasangan ini apabila Nelydia memadam gambar kekasihnya itu di Instagram.

Screen Shot 2014-03-05 at 11.35.13

Adakah ini bermakna spekulasi cinta antara Qi dan Nelydia sudah terjawab? Barangkali mereka ingin membuktikan perasaan cinta masih tetap utuh meskipun dilanda dugaan dan berdepan kritikan daripada peminat.

Buat semua pembaca OHBULAN!, jom saksikan video dan beberapa keping gambar sewaktu mereka menonton konsert di KL Live semalam.

SKIP THIS AD ×