Ramai tidak sangka pelakon cilik Puteri Balqis Azizi mengalami perubahan kehidupan yang sangat drastik sehingga terpaksa ikat perut dan menjadi gelandangan demi menjual buku tulisannya. Terbaru, Aqish dijemput ke program Malaysia Hari Ini (MHI) untuk ditemubual selain turut membantu mempromosikan 38Poems of Puteri Balqis.
Rata-rata netizen terpesona dengan tutur kata dikeluarkan Puteri Balqis yang dianggap sungguh puitis dan matang.
Puteri yang diduga
Temubual di program MHI berdurasi 15 minit ini mendekati perkongsian mengenai kehidupan dan kelangsungan hidup Puteri Balqis dan ibunya iatu Norasahikin Mohamad Aziz.
Ibu kepada Aqish turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyokong mereka dengan kata-kata semangat dan membeli buku tersebut, sekurang-kurangnya keluarga kecil ini mampu melangsaikan hutang dan bil tertunggak hasil daripada jualan itu. Sebelum ini, Norashikin pernah menolak bantuan dari program Bersamamu dengan alasan mereka masih lagi mampu bekerja demi mendapatkan sesuap nasi.
Terima kasih yang beli hasil tulisan Puteri. Tidak sangka ramai sangat peminat Puteri, akhirnya…
Kata-kata Aqish cukup matang
Lebih menjadi perhatian lagi apabila Aqish melontarkan kata-kata puitis yang kedengaran cukup matang dan sungguh positif.
Puteri tak pernah sangka, sebab itu ibu selalu cakap, pasti ada kemenangan cuma bila, bagaimana, Pencipta pegang waktu. Puteri rasa sebak, Puteri tak pernah sangka yang mereka akan sanjung kami dengan cara yang lebih baik. Kami tengok semuanya positif, ramai insan yang sanjung kami cakap ‘stay strong’.
Awalnya kami rasa kehidupan kami tidak perlu dikongsi. Kehidupan kami biar tertutup. Itulah rahsia kami tetapi rahsia itu telah dibuka dengan cara yang sangat indah. Dibuka dengan cara yang kami tidak pernah sangka.
Akan daftar balik pengajian
Ibu mana yang tidak mahu melihat anak berjaya dalam pembelajaran.Norashikin juga ditanya mengenai pembelajaran Aqish yang sudah lama tertangguh.
Minggu ini juga dia akan daftar balik di British Council. Dia akan daftar balik kelas-kelas Mandarin, sebelum ini dia ada ambil course piano sudah gred 6 terpaksa diberhentikan. Jadi, semuanya akan dimulakan balik.
Dikesempatan itu, Aqish turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembeli yang telah membeli buku hasil tulisannya itu.
Terima kasih kerana sentiasa berada dengan kami walaupun kami tidak nampak, walaupun kami tidak kenal, separuh dari kamu semua. Terima kasih kepada semua yang telah beli buku Puteri, akhirnya nampak tulisan hasil Puteri yang dulunya ditutup.
Buat anda yang ingin dapatkan buku puisi hasil tulisan Puteri Balqis ini, boleh terus hubungi Instagram rockingbalqis atau Whatsapp ke 0164420164. Sekiranya ingin memberi sumbangan berbentuk wang, boleh terus ke akaun Norashikin Mohamad Aziz, 162777190105 (MAYBANK).
Sumber: MHI TV3Malaysia Official