Penyanyi dan komposer, Hael Husaini berkongsi rasa teruja apabila diundang secara eksklusif ke acara pertunjukkan fesyen jenama terkemuka, Fendi, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Samakan Hael Husaini Dengan Ji Chang-Wook
Artikel Berkaitan: Ini Respons Hael Husaini Bila Netizen Tanya : ‘Betul Ke Abang Pergi Korea Buat Muka?’
Jemputan eksklusif
Menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 35, dia berbangga apabila diberi peluang sedemikan serta berkesempatan untuk menyaksikan sendiri pembuatan barangan jenama tersebut.
Malah, Hael berkongsi rasa gembira apabila sempat meluangkan masa bersama beberapa selebriti popular antarabangsa seperti Diplo, Nicholas Galitzine dan ramai lagi.
Saya sangat teruja menjadi tetamu eksklusif jenama terkenal seperti Fendi bersama selebriti yang hadir dari seluruh dunia.
Selain dari pertunjukan fesyen, saya juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana produk berjenama ini dibuat.
Selain itu, saya dapat meluangkan masa bersama selebriti antarabangsa yang lain seperti Diplo, Nicholas Galitzine, Greg Hsu, Noah Beck dan ramai lagi di acara tersebut.
Saya juga tak sangka dapat berborak bersama pengasas Emporio Armani, Mr. Armani semasa menghadiri acara fesyen tersebut’.
Sementara itu, pelantun lagu Jampi itu turut berkongsi beberapa momen sewaktu di acara berkenaan menerusi kemas kini di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat Hael duduk sebaris dengan pengarah kreatif Fendi iaitu Silvia Venturini Fendi.
Difahamkan selain Milan, Hael juga akan terbang ke Paris untuk menghadiri pertunjukan fesyen beberapa jenama antarabangsa lain pada minggu ini.
Ini juga merupakan kali ketiga Hael diundang ke Italy bagi memenuhi jemputan beberapa jenama terkenal antarabangsa seperti Prada, Zegna, MCM, dan Ralph Lauren.