Tak ada yang percuma dalam dunia sekarang. Tapi, Detik.com mendedahkan anda boleh makan mee ayam tanpa bayaran di sebuah kedai makan di Jakarta Pusat yang terletak di Jalan Suryopranoto berdepan Harmoni Plaza.
Kedai milik Ibu Ijah itu payung selama-lamanya bagi pelanggan yang datang dan boleh menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Turut percuma bagi penghafal juzuk 30
Tidak hanya bagi hafiz keseluruhan kitab suci itu, malahan penghafal juzuk 30 turut dibelanja makan selama seminggu. Walawey! Makan percuma tu.
Kita juga nggak tahu, itu anak yang pasang. Untuk narik pelanggan aja. Sambil beramal, ya, yang hapal gitu kan jarang. Dia sih gitu ceritanya ke aku.
Menurut Ijah, dia sebenarnya tidak tahu-menahu berkenaan hal itu kerana rancangan berkenaan dibuat oleh anaknya, Anto yang disifatkan kuat beribadat dan taat perintah agama.
Semangkuk mee ayam dan teh o ais dijual dengan harga 18 ribu Rupiah atau RM 5.65 di kedai berkenaan.
Sumber: Detik.com