Pelakon Hafidz Roshdi tampil menafikan dirinya telah menyebarkan dokumen mahkamah seperti yang didakwa oleh bekas isterinya, Shuhada Shukri.
Artikel Berkaitan: Nafi Culas Nafkah Anak, Hafidz Roshdi Tunjuk Bukti Transaksi Bank – ‘Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan’
Artikel Berkaitan: Shuhada Shukri Dedah Perbualan Lucah Didakwa Hafidz Roshdi & Penyondol? – ‘Aku Minta Cerai Sebab Ni’
‘Mana bukti sahih?’
Menerusi hantaran di Instagram, Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 30, dilihat berkongsi semula artikel oleh satu portal hiburan dan lebih mengejutkan apabila aktor itu menggelarkan bekas isterinya sebagai #jandapenfitnah dan #jandapenipu.
Saya ulang dengan jelas mana bukti sahih saya sebarkan dokumen mahkamah?
#Janganspin cerita lain, bukti mana tu? nak elak dari bagi bukti ke?
Dalam laporan media sebelum ini, Hafidz menyifatkan tindakan Shuhada melakukan pelbagai dakwaan dan fitnah berkenaan dirinya merupakan sabotaj dan cara menutup periuk nasinya.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Hafidz dan Shuhada saling berbalas kenyataan termasuk dakwaan aktor itu culas membayar nafkah anak. Namun Hafidz menafikan dakwaan tersebut dengan menunjukkan bukti transaksi bank.
Shuhada sekali lagi membuat pendedahan mengejutkan dengan berkongsi tangkap layar perbualan lucah yang didakwa antara Hafidz dengan seorang wanita.
Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.
Hafidz Roshdi kemudian berkahwin pula dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada Disember 2023.
Hasil perkongsian hidup bersama Shuhada, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Hafidz minta bukti?
Sumber: Instagram Hafidz Roshdi