berita

Hafidz Roshdi Kantoi Pergi Bazar Ramadan Dengan Athira Yuhada?

April 6th, 2023 | by Shahira
Isu & Kontroversi

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan ada menerima beberapa mesej yang mendakwa ternampak kelibat suaminya bersama wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga mereka iaitu Athirah Yuhada.

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Sudah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia

Artikel Berkaitan: ‘Paling Terkesan Sebab Semua Benda Jadi Depan Mata Dia’ – Anak Perempuan Shuhada Terima Rawatan Psikiatri Kanak-Kanak?

Nampak Hafidz, Athira di bazar?

Shuhada memberitahu bahawa perkongsian tersebut akan disiasat untuk dijadikan sebagai bukti atau bahan sokongan terhadap tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap mereka.

Maaf saya tidak boleh bercakap banyak mengenai isu ini. Cuma tidak dinafikan saya ada menerima beberapa mesej di Instagram bahawa terlihat kelibat mereka di bazar Ramadan yang membuktikan mereka masih berhubung.

Shuhada juga mengesahkan peguam yang mewakili Athirah ada menghantar surat tuntutan fitnah kepadanya sebelum ini.

Selain dari peguam saya telah membalas kepada surat tersebut. Kami juga akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka.

Sebagai info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6; dan Umar, 3. Namun selepas tujuh tahun bersama, rumah tangga pasangan ini bergolak selepas menerima kehadiran orang ketiga.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×