Di Instagram, isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkongsi keadaan terkini anak perempuannya, Humairah yang terpaksa menjalani rawatan psikiatri kanak-kanak.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Single & Available’ – Hafidz Roshdi Jawab Tuduhan Kahwin Lain
Artikel Berkaitan: Isu Lafaz Cerai Hafidz Roshdi & Shuhada Ditangguh Ke 9 Mei
Artikel Berkaitan: Nekad Melangkah Ke Depan Tanpa Ada Perasaan Dendam, Shuhada Mengaku Diri Tidak Sempurna
Doakan Humairah
Doakan Humairah ye semua. Humairah tengah cuba nak adapt everything, she is so strong like Aisyah R.A.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Shuhada dipercayai memuat naik foto anaknya ketika berada di sebuah pusat psikiatri. Dalam posting yang sama, Shuhada seakan memberi bayangan bahawa perjumpaan anaknya bersama doktor kanak-kanank psikiatri adalah kerana konflik rumah tangganya bersama suami, Hafidz Roshdi.
Lebih mengukuhkan dakwaan tersebut apabila ada individu mempersoalkan mengenai keadaan Humairah sehingga perlu dirujuk doktor psikiatri.
Kenapa dengan anak Shu ni?
Jawab Shuhada, anaknya yang kini berusia lima tahun itu sangat terkesan atas segala yang terjadi antara mereka suami isteri kerana Humairah merupakan saksi setiap kejadian berlaku.
Tengah lalui ujian Allah yang berat juga. Humairah kuat. Dialah yang paling terkesan sebab semua jadi depan mata dia. Tak perlu nak mengadu domba, dia seorang yang sangat cerdik.
Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sayu terhadap anak kecil itu serta mendoakan agar Humairah kembali ceria seperti kanak-kanak yang lain.
Sumber: Shuhada