Pelakon Hafidz Roshdi terus mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen ketika tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi proses pengesahan lafaz cerainya ke atas isterinya, Nurul Shuhada.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Tiba-Tiba? Selama Anak Dia Hidup Tak Pernah Ambil Tahu Pasal Instagram’ – Nurul Shuhada
Artikel Berkaitan: Hadanah: Shuhada Terkejut Hafidz Ubah Fikiran, Anggap Tiada Pendirian – ‘Saya Terus Jadi Perempuan Keji’
Ditemani ibunda tercinta
Hafidz yang mengenakan baju suit berona kelabu tiba di perkarangan mahkmah sekitar jam 10.47 pagi sambil ditemani peguamnya, Umi Kartini Abdul Latif.
Bukan itu sahaja, kelihatan juga kelibat ibu tercinta Hafidz, Puan Haniza Binti Mohd Jabar @ Ibrahim yang turut sama-sama hadir memberikan sokongan kepadanya.
Namun, ibu kepada Hafidz itu turut berdiam diri dan tidak memberikan apa apa respons berhubung prosiding proses hari ini.
Terdahulu, perkahwinan yang dibina Hafidz dan Shuhada dikatakan retak selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.
Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Dalam pada itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.
Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan.