Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada akui terkejut apabila suaminya berubah fikiran disaat akhir sehingga keputusan hadanah gagal menemui jalan penyelesaian.
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Sihat & Waras, Perbicaraan Boleh Diteruskan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] 3 Bulan ‘Terpisah’, Rindu Hafidz Roshdi Terubat Lepas Jumpa Anak-Anak
Hafidz tiada pendirian
Ketika ditemui Oh Bulan!, Shuhada berkata pada awalnya, aktor itu telah bersetuju untuk memberikan hak penjagaan penuh kepadanya, namun selepas suaminya itu berbincang dengan peguam yang mewakilinnya, lantas dia berubah fikiran.
Lama tunggu dalam itu sejam lebih, dah dapat keputusan bersama dan nak tanda tangan dah borang persetujuan, tiba-tiba dia keluar dari bilik perbincangan kemudian masuk semula kata dia tak setuju.
Pada mulanya dia bersetuju nak bagi saya jaga anak-anak, tidak bermalam dengan anak disebabkan Humairah pun masih dalam keadaan tidak baik.
Sudah capai kata sepakat, dia keluar berbincang dengan peguam kemudian masuk semula kata tak jadi. Tiada pendirian.
Shuhada berkata demikian ketika ditemui usai prosiding hadanah yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Isnin.
Gembira sekejap
Sementara itu, Shuhada berkata, pada awalnya dia sudah pun merasa gembira apabila mengetahui suaminya itu bersetuju dengan permintaanya sebelum ini.
Saya mula-mula dah gembira sebab dia setuju. Sekali peguam kata gembira saya sekejap sahaja. Lepas dia jumpa peguam dia, saya terus jadi perempuan keji.
Semasa perbincangan saya tak pandang pun muka dia. Apa pun saya akan terus berlawan untuk anak-anak saya.
Dalam masa sama, Shuhada berkata pegawai sulh ada menasihati Hafidz untuk menghubunginya bagi berbincang mengenai anak-anak, namun aktor itu enggan.
Pegawai sulh tadi pesan untuk dia hubungi saya nanti bertanya soal anak-anak. Kena ada usaha untuk berhubung bercakap pasal anak, dia jawab dia tak akan hubungi saya. Semua melalui peguam.
Terdahulu, prosiding hadanah yang berlangsung hari ini gagal menemui jalan penyelesaian dan akan bersambung pada 12 September depan.
Sebelum ini, Nurul Shuhada memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu.
Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.
Dalam pada itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.
Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak dibicarakan selepas dimaklumkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada 9 Jun yang lalu.