Susulan tindakan menyepi dari dunia seni, penyanyi Hafiz Suip sering menjadi perhatian warganet setiap kali berkongsi hantaran di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Korang Tak Kenal Aku Jadi Jangan Sembang Macam Kenal Sangat’ – Hafiz Suip
Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Rindu Anak-Anak, Tanda Pagar #JanganMainApi & Kapsyen ‘Goyang Ke Tu’ Timbul Tanda Tanya Netizen
Luahan Hafiz?
Menerusi perkongsian di TikTok, Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip memuat naik sekeping foto dirinya yang dipercayai diambil di sebuah studio.
Paling menarik perhatian adalah audio yang digunakan penyanyi berusia 34 tahun tersebut iaitu tentang seseorang yang dinilai oleh masyarakat.
Jangan paksa mereka untuk menyukaimu kerana mereka punya hak untuk menilai.
Kewajipan mu hanya berbuat baik bukan dinilai baik.
Dalam pada itu, tinjauan OhBulan! pada hantaran lain mendapati, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat pelantun lagu Awan Nano tersebut.
Mereka juga berharap agar dia kembali menyanyi selain merindui persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).
Comeback Hafiz, sokong dari AF7!
Semoga kembali aktif menyanyi semula.
Hafiz harus kuat, semoga Allah permudahkan. Jangan cepat putus asa.
Comeback idola!
Please comeback to AJL!
Terdahulu, Hafiz menganggap dirinya sudah tidak relevan untuk menyanyi. Kenyataan itu dibuat Hafiz ketika membalas komen salah seorang pengguna media sosial yang memintanya untuk kembali bergiat aktif dalam industri hiburan.
Pun begitu, ada segelintir netizen yang memahami keputusan penyanyi itu untuk berehat dan tidak muncul dalam mana-mana pentas mahupun kaca televisyen.
Dalam masa yang sama, timbul dakwaan rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jesreel Abdullah sedang goyah.
Sebelum itu, Hafiz didakwa menghilangkan diri selepas menyahaktif akaun Instagram miliknya.
Untuk info, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Sumber: TikTok Hafiz Suip