berita

Hafiz Tercalon Di MTV Europe Music Award 2013

September 19th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Hafiz Suip

Jika MTV Europe Music Award (MTV EMA) edisi sebelum ini, wakil dari Malaysia untuk Best Southeast Asia Act ialah pelantun lagu Lelaki, Yuna. Kini untuk edisi terbaru pula, Hafiz Suip telah tercalon untuk bertanding bagi MTV EMA 2013.

Pernah memenangi trofi Best Vocal Performance untuk 3 edisi berturut-turut di Anugerah Juara Lagu 25 – 27, Hafiz bakal bersaing bersama 5 lagi artis popular di Asia Tenggara iaitu Noah (Indonesia), Olivia Ong (Singapura), Sarah Geronimo (Filipina), Slot Machine (Thailand) dan juga My Tam (Vietnam).

Penyanyi berusia 23 tahun ini bakal meneruskan perjuangan muzik anak tempatan dan bakal duduk seiring dengan nama-nama besar dari seluruh dunia jika dia berjaya merangkul trofi Best Southeast Asia Act di MTV EMA 2013.

Bagi anda yang mahu melihat kejayaan Hafiz melakar sejarah baru, senang sahaja. Cuma undi Hafiz Suip di laman web rasmi MTV EMA 2013, asia.mtvema.com. Tekan butang undi dan jalankan peranan anda sebagai peminat dan juga rakyat Malaysia. Apa tunggu lagi, cepat undi Hafiz Suip!

Untuk pengetahuan, MTV EMA 2013 bakal berlangsung di Amsterdam, Netherlands pada 10 November ini.

Mari dengarkan lagu popular Hafiz, Bahagiamu Deritaku selepas ini.

SKIP THIS AD ×