Pelakon, Hafreez Adam berkongsi bahawa ketika ini dia masih mencari wanita yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kisah Pasal Umur’ – Hafreez Adam Mahu Wanita Bijak Jadi Pasangan Hidup
Artikel Berkaitan: ‘Klik Punya Pasal, Otak Pergi Tanam Ya?’ – Hafreez Adam Bengang Difitnah Meninggal Dunia
Sifat introvert
Ketika ditemui OhBulan! Hafreez Adam atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan mengakui dirinya adalah seorang introvert yang menyebabkan dia agak sukar untuk didekati oleh mana-mana wanita.
Tipulah kalau saya cakap saya tak ada pengganti atau tidak mencuba. Saya tak tutup ruang itu atau tak bagi sesiapa masuk. Saya cuba dan sedang mencuba untuk mencari.
Cuma saya tak tahu persepsi orang terhadap saya macam mana sebab saya adalah seorang introvert.
Saya susah nak bergaul dengan orang. Untuk jumpa orang baru, untuk kenal orang baru proses itu makan banyak masa.
Bagaimanapun, pelakon drama Tarik Aku Ke Syurga ini menafikan dia mengalami sebarang masalah kesan daripada perhubungan cinta sebelum ini.
Saya tak fobia, bekas tunang saya dia adalah seorang yang baik. Kami faham semasa itu kami tak ada jodoh. Nak kata saya fobia atau trauma tidaklah.
Hafreez berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media drama Cik Misi 123 di The Roomah Restaurant baru-baru ini.
Kriteria wanita idaman
Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun tersebut berkata salah satu daripada ciri-ciri pasangan idamannya adalah seorang wanita yang bijak dan berpelajaran.
Saya suka bergurau dengan pasangan saya, cuma saya kena ada orang yang bila saya cakap tentang perkara yang serius..benda yang keluar daripada mulut dia adalah perkara yang matang.
Saya mengharapkan atau secara umumnya saya suka pasangan saya itu seorang yang berpelajaran. Bukan dari segi dia perlu belajar dan ada PhD, tidak semestinya. Janji ada sesuatu benda baru yang saya boleh belajar daripada dia. Saya pun tak sempurna.
Untuk info, Hafreez pernah mengikat tali pertunangan bersama aktres Zara Zya pada Oktober 2019 sebelum berpisah beberapa bulan selepas itu.
Drama Cik Misi 123 turut menampilkan Sweet Qismina, Adam Lee dan Bella Dally yang mengisarkan tentang kisah percintaan dalam dunia perubatan.