Idea pasangan selebriti Hairul Azreen, 33, dan Hanis Zalikha, 31, membawa dua anak mereka, Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah bercuti menaiki helikopter ke Tasik Kenyir, Terengganu adalah satu keputusan terbaik di kala negara masih belum bebas daripada virus Covid-19.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hairul Azreen Pergi Bercuti Ke Pulau Naik Helikopter – ‘Perghh Kamu Memang Grand’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tegur Alisa Sebab Cakap Makanan Tak Sedap, Netizen Kagum Dengan Kelembutan Hanis Zalikha – ‘Tahap Kesabaran Mummy Bukan Biasa-Biasa’
Sanggup berhabis duit
Perkongsian percutian mereka di Instagram (IG) ternyata telah menarik perhatian wargamaya untuk memberi pelbagai reaksi.
Walaupun dianggap ‘kayangan’, namun rata-rata peminat bersetuju dengan pilihan keluarga ini kerana sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak demi keselamatan anak-anak.
@shzrilrsydan: Bagus sangat keluarga ini, berhabis duit untuk momen dengan keluarga baru berbaloi. Simpan duit banyak-banyak buat apa? Memori tu berharga.
@ainaa.shaecaa: next level ni. Dari sesak dengan orang ramai kan?? Betul-betul jaga diri. Suka tengok.
@anggrek_raasputeri: Lagi selamat dari berhimpit. Kita pun tak tahu dengan keadaan sekarang kan? Lebih baik habis duit sikit.
Idea yang bagus
Sementara itu, aktres Fazura, 38, mengakui dia agak takut untuk membawa anaknya, Nur Fatima Aisya keluar sebelum ini. Namun, tindakan Hanis dan Hairul ternyata telah memberi idea untuk dia melakukan perkara yang sama.
Ini adalah idea yang bernas Hanis! Saya sangat takut membawa Fatima ke mana sahaja. Jadi, ini memberi saya idea. Selamat menikmati percutian anda!
Terdahulu, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan dua cahaya mata Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.
Sumber: Instagram @haniszalikha