berita

Hakim Ariff Ke PKNK, Ffira Mikah Ditukar Kepada Mini Stadium Padang Terap

January 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, warganet aktif mengecam nama sebuah Mini Stadium Ffira Mikah di Kedah. Hal ini disebabkan, nama mini stadium, negeri itu ‘didakwa’ diambil bersempena dengan nama seorang Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor. Susulan daripada itu, kerajaan Negeri Kedah mengarahkan supaya nama mini stadium itu diubah dengan nama yang lebih sesuai.

Artikel berkaitan: Sudahlah Nama Stadium Ffira Mikah Kena ‘Troll’, Pegawai Daerah Bakal Kena ‘Denda’ Pula!

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, kerajaan negeri Kedah telah meluluskan pertukaran nama Stadium Mini Ffira Mikah kepada Mini Stadium Padang Terap.

Proses pentadbiran biasa

Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, keputusan tersebut dibuat pada Mesyuarat EXCO yang berlangsung di Pejabat Daerah Kubang Pasu, hari ini. Jelas beliau, mesyuarat telah meluluskan pertukaran nama stadium berkenaan kepada Mini Stadium Padang Terap.

Bukan hukuman, ia proses pentadbiran biasa apabila Pegawai Daerah Padang Terap ditukar ke PKNK. Kalau hukum dia dibuang kerja, dia masih mendapat gaji dan kerja yang sama juga.

Mengulas lanjut mengenai pertukaran Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor ke Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Sanusi memberitahu pertukaran tersebut adalah proses pentadbiran biasa.

Papan tanda diturunkan

Terdahulu, Sanusi turut memaklumkan bahawa nama Mini Stadium Ffira Mikah itu hanya dibincangkan di peringkat kerajaan tempatan tanpa mendapat sebarang kelulusan daripada mesyuarat Exco. Ekoran daripada itu,  papan tanda Mini Stadium Ffira Mikah sudah pun diturunkan pada 12 Disember.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×