berita

Sudahlah Nama Stadium Ffira Mikah Kena ‘Troll’, Pegawai Daerah Bakal Kena ‘Denda’ Pula!

December 17th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, warganet aktif mengecam nama sebuah Mini Stadium Ffira Mikah di Kedah. Hal ini disebabkan, nama mini stadium itu ‘didakwa’ diambil bersempena dengan nama seorang Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor. Susulan daripada itu, kerajaan Negeri Kedah mengarahkan supaya nama mini stadium itu diubah dengan nama yang lebih sesuai.

Artikel Berkaitan: Nama Stadium Ffira Mikah Jadi ‘Troll’ Netizen, Dakwa Gabungan Bahasa Arab & Sepanyol

Terbaru lapor Astro Awaninama ‘unik’ stadium itu telah dibatalkan serta merta. Tidak berakhir di situ, tindakan susulan bakal diambil kepada Pegawai Daerah Terap yang telah merasmikan stadium itu sebelum ini.

Tak ikut prosedur

Difahamkan nama mini stadium itu telah dibatalkan serta merta kerana pemberian nama stadium itu dibuat secara semberono tanpa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Menurut Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor, nama Mini Stadium Ffira Mikah hanya dibincang di peringkat kerajaan tempatan tanpa mendapat sebarang kelulusan daripada mesyuarat Exco.

Jelasnya lagi, setiap nama jalan, lokasi, taman, atau stadium perlu dibincangkan terlebih dahulu dan mengikut proses garis panduan yang bermula di peringkat kerajaan tempatan dan seterusnya dibincangkan dengan lebih teliti di mesyuarat Exco.

Berkaitan dengan stadium itu (Ffira Mikah) telah dibatalkan nama yang bahasa Greek campur Arab kerana proses menamakan stadium itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan, tidak dibawa ke mesyuarat Exco, tidak dapat kelulusan.

Ambil tindakan sewajarnya

Susulan daripada kes tersebut, Sanusi telah merujuk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim, untuk mengambil tindakan yang sewajar dan bersesuaian dengan urusan pentadbiran terhadap Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md. Nor.

Difahamkan, papan tanda Mini Stadium Ffira Mikah sudah pun diturunkan pada 12 Disember yang lalu. Terdahulu, nama mini stadium ini, mendapat kecaman hebat daripada warganet kerana namanya ‘didakwa’ diambil bersempena dengan nama Hakim Ariff, cumanya ia diterbalikkan menjadi Ffira Mikah.

Dapat liputan media antarabangsa

 

Tidak berakhir di situ, nama Mini Stadium Ffira Mikah turut mendapat liputan media antarabangsa.  Antara media yang terlibat ialah The Independent sebuah akhbar atas talian di United Kingdom dan Mothership dari Singapura. Artikel tersebut bertajuk Malaysia official who renamed stadium denies title is his name backwards, insist it is ‘Spanish or Greek’ dan Malaysia Kedah district officer named Hakim Ariff renames stadium “Ffira Mikah”, his name spelt backwards.

Alahai power lah mini stadium ni sampai satu dunia tahu, fuh!

Sumber: Astro Awani Kosmo!

SKIP THIS AD ×