Model dan personaliti media sosial iaitu Hakimi Noordin berkata, dia tidak terasa hati apabila netizen meninggalkan komen negatif terhadap anggota Challo Run yang didakwa sering tayang badan setiap kali melakukan aktiviti sukan.
Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Komen Tindakan Ahli Kelab ‘Challo’ Suka Tayang Badan – ‘Saya Tak Menghalalkan Yang Haram, Salah Tetap Salah’
Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Tak Menyesal Kahwin Muda, Alam Rumah Tangga Banyak Ajar Erti Kehidupan – ‘Ketika Itu Nama Sedang Di Puncak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelakon ‘From Saga With Love 2‘ Tertipu Dengan ‘Prank’ Hun Haqeem – ‘Aku Dah Agak Dah’
Masing-masing ada persepsi
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Hakimi memberitahu, dia menerima kecaman tersebut dengan hati yang terbuka kerana bagi dirinya setiap orang mempunyai hak untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing.
Semua orang ada persepsi masing-masing, tiada pula ada arahan datang ramai-ramai waktu lari nanti kena buka baju untuk tunjuk dekat semua orang. Ikut diri sendiri nak lari buka baju atau tidak, tambah pula sudah jadi kebiasaan untuk saya selepas bersukan akan buka baju sebab panas.
Kita tidak boleh nak puaskan hati semua orang. Apa yang korang boleh buat (komen) saya pun boleh buat juga untuk diri saya dan awak puaskan diri awak.
Tambah Hakimi, dia sudah terbiasa membuka baju selepas aktiviti bersukan dek kerana cuaca yang panas.
Saya memang sudah biasa buka baju sejak dahulu lagi, hari-hari ada sesi latihan bola di sekolah, habis latihan panas saya buka baju, macam itu sahaja sebenarnya.
Tapi mungkin benda itu, netizen tak boleh terima sebab benda itu dilakukan secara terbuka. Jadi saya terima benda itu dan belajar daripada kesilapan.
Berbicara lebih lanjut, Hakimi meluahkan rasa bangga kerana mempunyai badan yang fit dan layak untuk menyertai program realiti terbaharu berjudul Maskulin Who’s Your Bro. Jelas Hakimi, dia tidak kisah untuk mempamerkan tubuhnya pada umum kerana untuk mendapat badan seperti itu bukan mudah.
Kalau pandang daripada sudut positif saya mahu tunjukkan macam mana saya boleh capai berat badan 60 kilogram ke 74 kilogram. Jika saya boleh kenapa mereka di luar sana tak boleh?