Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pendedahan anak kepada penyampai radio, Halim Othman iaitu Myra Natasya yang mendakwa dirinya merupakan anak tidak sah taraf.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Anak Tak Sah Taraf’ – Myra Natasya Dedah Halim Othman, Ibu Tak Pernah Berkahwin
Halim enggan beri komen
Susulan daripada pendedahan tersebut, OhBulan! telah menghubungi Halim atau nama lengkapnya Abdul Halim Othman untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri.
Bagaimanapun, pengacara itu enggan mengulas lebih lanjut dan hanya menjawab ‘tiada komen’ berhubung dakwaan anak tidak sah taraf seperti yang didedahkan anaknya itu.
No comments. Happy Mother’s Day.
Sebelum ini, aktres Myra Natasya membuat pendedahan di Mstar mendakwa ibu bapanya itu tidak pernah berkahwin seperti yang dihebahkan.
Katanya lagi, selama ini dia terpaksa merahsiakan perkara tersebut untuk menjaga nama baik dan imej bapanya yang merupakan seorang penyampai radio.