berita

Hamil 4 Bulan, ‘Baby Bump’ Nora Danish Makin Ketara

October 11th, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Pejam celik pejam celik sudah 4 bulan aktres Nora Danish hamil anak keduanya hasil perkongsian hidup dengan Nedim Nadzri atau Bossned. Terbaru Nora berkongsi gambar ‘baby bump’ pertamanya kepada peminat menerusi Instagram.

Foto yang hanya memfokuskan bahagian perutnya yang kelihatan agak jelas berbanding sebelum ini dimuat naik secara berasingan dengan satu lagi foto bersama rakan-rakannya.

16 weeks pregnant, 5 months to go…

Peminat teruja teka jantina bayi

Turut berkongsi kegembiraan bersama Nora dan suami adalah peminat yang begitu teruja meneka jantina bayi yang akan dilahirkan. Tidak kurang juga mendoakan Nora diberikan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan dipermudahkan segala urusan.

Dalam perkahwinan terdahulu Nora dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Nora dan Bossned diijabkabulkan pada 30 Mac lalu dalam satu majlis tertutup.

Sumber: Instagram Nora Danish

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×