Pelakon Raja Ilya memberitahu dia akan bergelar ibu tidak lama lagi apabila usia kandungannya sudah memasuki lima bulan.
Rindu Malaysia
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ilya melahirkan rasa syukur dengan rezeki Allah yang diterima selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suami, Trent Garret.
Biarpun sedang meraikan berita gembira, Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad akui rindu untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga.
Syukur Alhamdulillah, yes betul, saya mengandung. Tak sabar sebenarnya nak kongsi berita ini dengan semua. Oleh kerana masa dan situasi tak mengizinkan kami cadang untuk kongsi pada hari ini.
Syukur Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti ditentukan Oleh Yang Maha Esa. Kami gembira sangat dekat sini, walaupun hati tu rindu nak balik Malaysia, balik Ipoh jumpa keluarga. Rindu nak shooting, jumpa kawan-kawan.
Dalam entri tersebut, Ilya turut memuat naik foto alat ujian kehamilan (pregnancy test) dan memegang baby bump.
Tak mudah jadi ibu
Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Masam Manis menyatakan dia telah membuat keputusan untuk bersalin di Australia. Memandangkan baru kali pertama merasai, Ilya harap orang ramai boleh berkongsi tips dan pengalaman untuk menjadi ibu.
Memandangkan saya akan bersalin dekat Australia, saya harap ramai boleh kongsi tips dekat saya okey.
Satu benda yang saya belajar sepanjang lima bulan pengalaman adalah tak mudah rupanya nak jadi seorang ibu. Tapi dalam masa yang sama, rasa teruja dan bersyukur.
Sumber: Instagram @rajailya