berita

Hamilkan 10 Gadis Sekali Gus, Remaja 17 Tahun Ditahan Polis

January 15th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis selepas disyaki menghamilkan 10 gadis sekali gus. Remaja yang berasal dari Nigeria itu turut ditahan bersama seorang suspek lelaki dan dua wanita yang dipercayai terlibat dalam sindiket ‘kilang bayi’.

Artikel Berkaitan: Umur Baru 12 Tahun Dah Hamil 8 Bulan – ‘Kasihan Tengok Dia Kerap Muntah Sampai Badan Penat..’

Artikel Berkaitan: Sukar Buang Air Besar, Remaja 14 Tahun Kantoi Hamil, Rupanya Selalu Buat Seks Dengan Budak Kampung

Remaja hamilkan 10 gadis

Foto: Pulse

Memetik laporan Pulse, suspek yang dikenali dengan nama Noble Uzuchi ditahan selepas pihak polis melakukan serbuan di dua buah rumah yang terletak di Igwuruta dan Omagwa pada 7 Januari lalu. Hasil serbuan dilakukan, pihak polis berjaya menyelamatkan 10 gadis dan lebih mengejutkan apabila mendapati kesemua mereka sedang berbadan dua.

Hasil siasatan mendapati, remaja berkenaan bersama seorang lagi suspek lelaki dipercayai dibayar untuk menghamilkan para gadis supaya bayi yang dilahirkan itu dapat dijual. Menurut sumber, ketua sindiket ‘kilang bayi’ itu akan menyimpan bayi yang dilahirkan sebelum menjualnya kepada mereka yang berminat.

Difahamkan, setiap para gadis yang melahirkan bayi ditawarkan wang sebanyak RM4,800 setiap kali bersalin. Gadis-gadis berkenaan akui nekad bertindak sedemikian kerana tertarik dengan wang lumayan yang ditawarkan.

Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan pihak polis masih mengesan pembeli yang terlibat dalam sindiket haram ini.

Sumber: Pulse

SKIP THIS AD ×