berita

Hampir Cecah 10 Tahun Usia Perkahwinan, Aeril Zafrel Kongsi Tips Rumah Tangga – ‘Jadi Budak-Budak, Tak Perlu Serius Sangat’

January 17th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Setiap rumah tangga pasti didatangi onak duri sebagai ujian setiap pasangan yang bergelar suami isteri. Cara mengatasinya adalah penting demi menjamin kebahagiaan yang berpanjangan.

Begitulah kisah yang dikongsi oleh pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang hampir mencecah 10 tahun dalam melayari bahtera berumah tangga.

Artikel Berkaitan: Wawa Zainal Dedah Rumah Tangga Pernah Diganggu – ‘Ada Wanita DM Gambar Seksi Kepada Aeril’

Artikel Berkaitan: Wawa Zainal Nak Anak Kembar, Rancang Cuba Rawatan IVF

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel Tegur Nampak Lengan, Wawa Zainal Diam Terkedu – ‘Alhamdulillah Suami Yang Pandai Bimbing Isteri’

‘Kami reda sendiri…’

Menerusi laporan Gempak, Aeril berkongsi beberapa tips yang diamalkan untuk kekal bahagia bersama isteri tercinta.

Tak perlu terlalu serius, kita kena perangai seperti budak-budak. Kalau boleh kongsi minat bersama, kalau tak sependapat itu biasa.

Saya tak suka pujuk kalau bergaduh. Kami akan reda sendiri. Tapi kalau dah sampai dua hari masih bergaduh, kena cepat-cepat berbaik.

Tambah pelakon ‘Mencari Qiblat’ itu, dia menyatakan bahawa pergaduhan tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan. Seeloknya, mempercepatkan perbincangan jika masih bergaduh pada keesokan harinya.

Sekadar info, Wawa atau atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 bersama Aeril Zafrel.

Hasil perkahwinan, pasangan itu telah dikurniakan empat orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Muhammad Fahri.

Sumber: Gempak 

SKIP THIS AD ×