Pelakon popular, Maya Karin berkongsi beberapa foto dan video berkunjung ke Hospital Tunku Azizah bagi menziarahi pelakon cilik Puteri Rafasya yang terpaksa dimasukkan ke wad akibat mengalami masalah saraf.
Artikel Berkaitan: Tak Boleh Berjalan & Berdiri, Puteri Rafasya Hidap Masalah Saraf
Artikel Berkaitan: Tak Boleh Jalan & Duduk Seperti Biasa, Tulang Pinggul Puteri Rafasya Retak
Ziarah
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) itu, pelakon berusia 44 tahun ini mengakui amat bersimpati dengan nasib malang yang menimpa anak filemnya itu.
Anak perempuan saya yang malang, Suri @puterirafasya1 berada di hospital cedera akibat terjatuh. Melawat anak saya semalam kat hospital Tunku Azizah.
Walaupun anak filem saja, tapi dia telah menjadi anak saya selama hampir satu tahun penggambaran @telagasuriram tahun lalu.
Bukan itu sahaja, ‘anak’ yang telah bersamanya selama hampir setahun ketika menjalani penggambaran filem berjudul Telaga Suriram ini juga tidak dapat mengikuti sebarang penggambaran selama beberapa bulan kerana perlu menjalani rawatan fisioterapi.
Semoga dia cepat sembuh, untuk beberapa bulan akan datang memang tak boleh ‘shooting’ apa-apa. Suri (Puteri) perlu bertenang dengan menjalani fisioterapi.
Sementara itu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian orang ramai termasuk rakan selebriti. Malah, rata-rata wargamaya turut mendoakan kesembuhan buat pelakon cilik yang berbakat besar ini.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Maya Karin