berita

Han Byul Tiada Di Pentas Konsert Apresiasi Irama Keroncong, Gagal Dapat Kelulusan PUSPAL

August 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Han Byul

Penyanyi berasal dari Korea Selatan, Han Byul tidak dapat membuat persembahan di pentas Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia kerana berdepan dengan masalah permohonan dan kelulusan dari pihak Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Artikel Berkaitan: Kemenangan Han Byul Dipertikai, Ini Jawapan ‘Padu’ Siti Nurhaliza

Artikel Berkaitan: ‘Gaya Nyanyian Keroncong Naim Jelas’ – Bekas Pensyarah

Pelbagai usaha telah dilakukan

Han Byul

Menurut penganjur, Nazrul Asraf berkata pihak Irama Studios telah berurusan dengan JBH Event untuk segala urusan Han Byul termasuk hal berkaitan dengan PUSPAL.

Han Byul merupakan salah satu tarikan untuk konsert ini dan kami pasti para peminat beliau menantikan penyanyi luar untuk menyanyi serta menghargai muzik dan irama tanah air kita.

Malah Han Byul dilihat memberikan komitmen terhadap konsert ini.

Adalah menjadi satu cabaran dan kesulitan buat pihak penganjur apabila PUSPAL tidak melepaskan kelulusan untuk Han Byul sedangkan beliau mempunyai peminat yang tersendiri di Malaysia di samping rekod yang bersih.

Han Byul sepatutnya menyanyikan dua buah lagu iaitu Winter Sonata dan Cinta Abadi dalam versi keroncong semasa konsert yang bakal berlangsung pada 5 dan 6 Ogos hadapan di Istana Budaya.

Tambahan pula, Han Byul merupakan juara program Big Stage yang turut dianjurkan di Malaysia.

Sayang sekali peluang untuk memperkenalkan Irama Warisan Keroncong Malaysia ke peringkat Antarabangsa dan dinyanyikan oleh penyanyi berbangsa Korea yang merupakan Pemenang Program Big Stage di Malaysia terbeku begitu sahaja dan ditolak sebarang rayuan oleh pihak PUSPAL.

Dalam pada itu, Nazrul juga berharap para peminat Han Byul dapat memahami situasi yang dihadapi oleh pihak penganjur setelah segala inisiatif dan upaya telah dilakukan.

Pihak penganjur juga meminta agar para peminat terus memberikan sokongan terhadap konsert yang mengangkat muzik keroncong sehingga dijadikan satu konsert khas atas nama irama itu sendiri.

Bersama Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim akan ikut berdendang bersama Datuk Awie dan Datin Alyah. Ini ditambah lagi dengan kehadiran pelapis-pelapis generasi baru iaitu Rasyidah Abd Rahim (Bintang Klasik 2012), Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013), Jamilah Abu Bakar (Puteri keroncong) dan sepatutnya Han Byul.

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia ini akan diiringi oleh pemuzik yang cukup berprolifik dari Orkestra Keroncong Irama Perindu. Orkestra Keroncong Irama Perindu adalah kumpulan pemuzik yang ditubuhkan pada tahun 2004 seiring dengan penubuhan Irama Studios.

Irama Studios menganjurkan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia atas sokongan Kementerian Komunikasi Dan Digital serta Mycrea8ve Ventures Sdn Bhd.

Tiket-tiket konsert masih boleh menerusi https://ilassotickets.com dengan harga RM588.00, RM388.00, RM288.00, RM188.00 & RM88.00

SKIP THIS AD ×