berita

Han Tak Harap Duit Tasha Shilla

February 13th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-02-13 at 11.16.43 AM

Kadang-kadang Mek simpati dengan Tasha Shilla ni. Mana taknya, ada saja gosip-gosip liar yang lahir membabitkan namanya.

Terbaru, ada pihak menuduhnya terlibat dengan aktiviti ‘escort girl’. Malah, sebelum ini ada pula pihak yang menjaja cerita kononnya Tasha menaja kehidupan kekasihnya, Han.

Hari ini, melalui laporan mStar Online, Han menafikan dakwaan dia ditanggung Tasha dan turut menunjukkan bukti dia ada pekerjan tetap.

Saya Ada Pekerjaan Tetap & tak Harap Wang Ringgit Dia – Han

Screen Shot 2015-02-13 at 11.17.59 AM

Kalau korang nak tahu, selepas Han serius menjalinkan hubungan cinta dengan Tasha, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kerjaya sukan itu sekadar sambilan dan menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga.

Ini kad saya sebagai bukti saya ada pekerjaan tetap dan tidak mengharapkan wang ringgit dia. Sebaliknya saya menumpukan pekerjaan dalam bidang seni bina milik keluarga saya.

Stabilkan Kewangan Sebelum Kahwin

Screen Shot 2015-02-13 at 11.17.12 AM

Menurut laporan itu lagi, Han sebenarnya mempunyai perancangan besar untuk membina rumahtangga seperti yang dirancang pada tahun ini.

Namun, buat masa sekarang dia mengakui sedang berusaha mengukuhkan kewangan bagi merealisasikan hasratnya itu.

Saya percaya kepada rezeki dalam sesebuah perkahwinan. Sebab itulah saya sudah merancang mengenainya. Yang penting, keluarga saya sudah merestuinya termasuklah keluarga Tasha.

Haaa, ikhlas Mek cakap Tasha dengan Han ni memang secocok. Pasal escort girl tu, Tasha pun dah nafikan. Jadi, kita yang tak tahu apa-apa ni hentikanlah segala fitnah. Cewah!

SKIP THIS AD ×