Umum mengetahui, hasrat pendakwah selebriti, Da’i Syed dan Hana Ismail untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian selepas isterinya mengalami keguguran pada Rabu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Nampak Foto Imbasan ‘Ultrasound’, Da’i Syed Bakal Jadi Bapa?
Artikel Berkaitan: Isteri Da’i Syed Keguguran
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Pujuk Hana Ismail Menangis, Terkesan Dengan Komen Netizen ‘Kurangkan Menari’
Dah boleh discharge
Terbaru, Hana memberitahu dia selamat menjalani pembedahan dan sudah boleh pulang ke rumah.
Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar berkat doa semua dan Hana dibenarkan discharge harini. InsyaAllah akan menjalani proses pantang dan recovery di rumah.
Ujar Hana, dia tidak dapat melalui fasa sebegini dengan baik sekiranya suami tiada di sisi.
I would not have make it physically, mentally & financially kalau tak kerana insan bernama Syed Shah Iqmal. Wallahi dialah sumber kekuatan terbesar Hana sepanjang tempoh ujian ni. He was with me the whole time hatta urusan di bilik air sekalipun!
Di samping itu, Hana sempat menitipkan ucapan terima kasih dan doa buat suaminya.
Ya Allah kau ganjarilah suamiku dengan sebaik-baik ganjaran. Payunginya dengan rahmah & kasih sayangmu dunia akhirat. Tak lupa kepada keluarga dan semua yang mendoakan dan ambil berat tentang Hana . Semoga Allah membalas kebaikan kalian.
Sumber: Hana Ismail