Baru-baru ini, pelakon jelita Hanez Suraya sekali lagi dihimpit kontroversi apabila timbul desas-desus bahawa dia bercinta dengan suami orang.
Artikel Berkaitan:
- Isu Cinta Suami Orang – Adakah Hanez Suraya Sudah Tahu Syayus Lelaki Tersebut?
- Hanez Enggan Respon Isu Bercinta Dengan Suami Orang
Hari ini, melalui laporan Harian Metro, Hanez tampil untuk membersihkan namanya dari segala tohmahan yang kononnya dia merampas suami orang dan menjadi punca keretakan rumah tangga jejaka itu.
Hanez yang kesal dengan fitnah yang dilemparkan bekas isteri lelaki itu mengakui kekasihnya merupakan duda anak dua tetapi bukan suami orang seperti yang didakwa.
Hanez bersama lelaki yang dipercayai bakal suaminya
Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam-macam selepas saya dedahkan untuk berkahwin baru-baru ini. Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang
Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang, kenapa keluarga lelaki memberi restu dan dia (R) sendiri yang melamar saya.
Sementara itu, Hanez berkata fitnah mendakwa dia rampas suami orang dan menghasut lelaki itu untuk ceraikan isterinya juga tak betul sama sekali.
Dalam pada itu, Hanez akan membuat sidang media dalam masa terdekat untuk menjawab spekulasi yang timbul dan bagi membersihkan namanya.