berita

Hanez Suraya Alami Gangguan & Tekanan Emosi – Peguam

May 23rd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC hanez suraya-34

Nampaknya, nama pelakon drama ‘Autumn Di Hatiku’, Hanez Suraya tidak sunyi daripada kontroversi. Baru saja reda kisah percintaannya dengan jejaka yang masih bergelar suami orang, timbul lagi satu isu mengenai tiket percutian mereka berdua.

Semalam dunia hiburan kembali dimomokkan dengan kontroversi pelakon Hanez Suraya yang dikatakan bakal menyaman pihak Malaysia Airlines (MAS) atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangan yang bertarikh pada 20 April itu.

Dek kerana penyebaran foto tersebut, Hanez dan kekasihnya teruk dikecam peminat dan turut dilemparkan dengan pelbagai kritikan.

PC hanez suraya-36

Bagaimanapun, hari ini, melalui laporan akhbar Harian Metro, peguam Hanez menjelaskan anak guamnya itu (Hanez) mengalami gangguan dan tekanan emosi kerana pendedahan tiket tersebut.

Akibat dari pendedahan itu, keratan tiket penerbangan berkenaan tersebar secara meluas di laman sosial, blog dan akhbar tempatan menyebabkan anak guam kami mengalami gangguan dan tekanan emosi dan melanggar Akta Data Peribadi (APDP) 2010.

Kalau nak tahu, dalam tuntutan tersebut, hanez dan Romi menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk serta beberapa faedah dan kos daripada MAS.

tiket

Tiket penerbangan yang tersebar

Sementara itu, Hanez berkata tindakan MAS mendedahkan butiran tersebut menimbulkan rasa tak selesa kerana ia membabitkan soal peribadi dan keselamatannya.

Saya berharap perkara sebegini tidak berlaku sehingga menyebabkan cemuhan diterima ekoran pendedahan yang dilakukan.

Bagaimanapun, Hanez enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana sudahpun memfailkan saman.

SKIP THIS AD ×