berita

Hanez Suraya Respon Isu Dimaki Hamun Peminat

August 26th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Rumah Terbuka Media Prima-122

Khamis lepas OHBULAN! telah memaparkan beberapa keratan status seorang wanita yang telah memaki hamun Hanez Suraya dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Menerusi status tersebut, wanita berkenaan turut mendakwa Hanez Suraya seorang perempuan gatal dan artis yang kuat melenting apabila dikritik oleh peminat.

Artikel Berkaitan :

Susulan insiden tersebut, Hanez Suraya yang ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima Jumaat lepas telah menyatakan bahawa, dia sendiri tidak menyangka akan menerima kata-kata kesat tersebut di hari lahirnya dan menyifatkan ia sebagai perkara biasa dalam dunia kehidupan seorang selebriti.

Benda-benda macam ini biasalah peminat meroyan sebab kadang-kadang kalau ada masa memang Hanez akan balas tweet mereka. Tapi masa hari kejadian, tweet yang masuk adalah terlalu banyak sampai tak boleh nak balas semuanya sekaligus. Jadi Hanez pilih mana yang penting dulu seperti rakan media dan kawan-kawan rapat untuk retweet dan balas tweet mereka.

Jadi, peminat tersebut meroyan sebab dia ingat Hanez tweet peminat-peminat lelaki sahaja dan dia tak semak betul-betul. Bila Hanez tak balas tweet dia, itu yang meroyan sampai cakap macam-macam.

Secara kebetulan Hanez ternampak apa yang dia tweet dan Hanez cuma retweet balik.

Hanez SurayaHanez Suraya sewaktu hadir di majlis rumah terbuka Media Prima

Dalam pada itu, pelakon drama Autumn Di Hatiku ini turut menafikan dakwaan kononnya dia melenting dan menyerang semula wanita tersebut.

Hanez cuma tweet satu je. Hanez cakap, bahasa jiwa bangsa. Tak ada pun nak melenting.

Lepas itu, tak sangka pula benda jadi panjang dan peminat-peminat lain serang dia.

Bila dah banyak sangat tweet yang bukan-bukan, Hanez buat tak layan je sebab kalau kita layan nanti lagi menjadi-jadi. Orang macam ini mungkin nak perhatian sebab kurang kasih sayang kot.

Beralih kepada soal kerjaya, pelakon wanita ini turut melahirkan rasa syukur kerana rezekinya pada tahun ini tidak pernah putus berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Untuk semua peminat Hanez Suraya, di sini OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto menarik pelakon tersebut sekitar majlis rumah terbuka Media Prima baru-baru ini. Jom layan!

SKIP THIS AD ×