berita

‘Hang Memang Power!’ – Followers Instagram Naik Mendadak, Rakyat Malaysia Ucap Terima Kasih Kepada #Eggman

March 17th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tindakan berani seorang remaja Australia berusia 17 tahun memecahkan telur di kepala senator Australia, Fraser Anning. Senator Australia itu sebelum ini telah menuduh kehadiran orang Islam sebagai punca tragedi hitam di Christchurch, tempoh hari.

Ekoran dari itu, laman Instagram remaja yang dikenali sebagai Will Connolly terus dihujani ucapan terima kasih dan rasa bangga dari seluruh penganut agama Islam seluruh dunia.

Ditampar dan tumbuk di muka

Video dimuatnaik Henry Belot ini menyaksikan tindakan berani remaja 17 tahun ini memecahkan sebiji telur di kepala Senator Australia sewaktu temubual wartawan. Bagaimanapun, remaja itu ditampar dan ditumbuk di bahagian muka oleh Fraser Anning.

Susulan dari itu, Instagram Will Connolly dihujani ucapan bangga dan terima kasih atas tindakan beraninya itu sekali gus mewakili suara-suara dunia terutamanya penganut agama Islam.

Dibebaskan sementara tunggu perbicaraan

Remaja 17 tahun itu ditangkap pihak polis didakwa melemparkan telur di kepala Frasser Anning. Bagaimanapun, Will Connolly telah dibebaskan sementara menunggu perbicaraan lanjut.

Marvel kena buat filem ‘The Eggboy

Datang Malaysia, aku belanja ABC

Kamu banggakan umat Islam

Akaun Instagram Will Connolly telah mendapat perhatian dunia dan sehingga kini akaun rasmi miliknya itu telah mencecah 115ribu dalam masa yang sangat singkat. Malah, makin ramai mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan meluahkan rasa bangga sehingga mengelarkan remaja ini #eggman.

Foto ‘Eggman

Sumber: Will Connolly, Henry Belot

SKIP THIS AD ×