berita

‘Hang Pi Langkawi, Balik Bawa Penyakit’ – Sharnaaz Geram Ramai Bercuti Tak Ikut SOP

January 5th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sangat membimbangkan apabila terdapat kes dari beberapa individu yang baru pulang dari Pulau Langkawi dijangkiti positif Covid-19. Malah, viral di sosial media menyaksikan orang ramai bercuti ke Langkawi dengan kelihatan tidak mempratiskan penjarakan sosial sepertimana disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel berkaitan: ‘Maaf…’ Instafamous Harris Anuar Positif Covid-19, Minta Kontak Rapat Buat Saringan

Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad terpanggil memberi respon dan pendapatnya berhubung insiden yang berlaku di Pulau Langkawi itu. Pelakon lelaki ini turut tempelak orang ramai yang gagal mempraktiskan SOP ketika mereka bercuti di sana.

Apa yang hampa pikiq?

Memandangkan pihak kerajaan telah mengeluarkan perintah kebenaran merentas negeri hanya ke beberapa buah daerah yang bukan zon merah, maka, ramai di antara kita mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan. Di samping bercuti juga ada segelintir rakyat kita kurang peka dengan penjarakan sosial dan SOP yang disarankan.

Begitu juga keadaan di Pulau Langkawi yang menyaksikan ramai rakyat kita mengambil kesempatan untuk bercuti di sana. Tidak hanya itu, Sharnaaz Ahmad menerusi laman Instagramnya berkongsikan pendapat mengenai perkara tersebut.

Aku tak kisah hampa party ka. Aku tau hampa stress. Tapi hampa tengok banyak kes mai dari Langkawi. Bab bercuti tak pa la juga, yang bab berlepak, makin seram aku tengok. Aku betul tak faham la kerajaan bagi pi bercuti, dah tau kes macam ni. Tapi aku pun tak pandai bab macam ni. Depa lebih tau.

Tu buta perut orang panggil

Sharnaaz turut menyifatkan mana-mana individu yang baru saja pulang dari Langkawi untuk menjalani tempoh kuarantin kendiri sepertimana disarankan. Dia juga risau sekiranya mana-mana individu membawa wabak tersebut lalu menyakiti ahli keluarga dan kenalan selepas pulang dari percutian di sana.

Tau la vaksin nak masuk Malaysia. Aku jadi sedih government dah buat, hampa tak mau ikut semua tu. Aku dah tengok kawan-kawan aku yang kena… seksa. Tak mau la macam tu. Aku dah tengok kawan-kawan artis yang ada kontak rapat dok masuk office juga. Dok buta perut. Penting diri dok ada kebaikan dan keburukan la.

Ni namanya dok buruk dah ni. Ramai dok test Covid, ingat murah ka? Tak ka buta dok cari penyakit? Yang dok pi Langkawi tu dok bayaq kat ang ka? Hang dok pi Langkawi balik mai bawa penyakit. Yang aku dok cerita yang dok pi bercuti beriya tu. Fikiq la dok balik mai jumpa member tu. Mungkin hang ada duit tapi depa tu takda duit.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

SKIP THIS AD ×