berita

Hanis Zalikha Bukan Girlfriend Saya – Hairul Azreen. Friendzone, Huh?

April 14th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

hairul

Jika anda peminat setia program Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama, pasti anda kenal dengan jejaka bernama Hairul Azreen yang pernah menjuarai program tersebut bersama rakannya, Dazrin Kamaruddin.

Walaupun mempunyai paras rupa kacak dan berbakat dalam lakonan, namanya seakan-akan jarang didengari melainkan gosip percintaannya dengan pengacara dan blogger terkenal, Hanis Zalikha.

Melalui laman sosial milik mereka, dapat dilihat kemesraan yang terjalin dan ia seolah-olah menunjukkan bahawa pasangan ini sedang bercinta, tetapi hingga kini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai status hubungan mereka.

hairul-azreen-dan-hanis-zalikhaHairul Azreen tolak dakwaan bercinta dengan Hanis Zalikha

Bagaimanapun, melalui rancangan Melodi semalam, Pelakon ‘Setia Hujung Nyawa’ ini menegaskan bahawa Hanis Zalikha bukanlah teman wanitanya seperti yang diperkatakan umum.

Malah dia juga seolah-olah sudah penat untuk menjawab semua pertanyaan orang mengenai status hubungannya dengan gadis itu.

Hanis Zalikha bukan girlfriend saya, dia kawan baik saya, ramai orang tanya dia girlfriend saya ke, tak, dia kawan baik saya dan tak ada masalah kot.

Bila selalu sangat orang tanya benda yang sama, soalan yang sama, saya pun akan jawab benda yang sama. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya kawan dengan dia daripada sekolah dan memang rapat, memang baik daripada dulu, so sekarang ni jumpa pulak dalam satu bidang yang sama.

Menurut Hairul lagi, mereka menjadi lebih akrab kerana mereka saling meminta tunjuk ajar mengenai beberapa perkara berhubung perihal kerja.

Dia minta saya ajar tentang cara buat action, saya pula ada buat satu rancangan pengacaraan untuk satu stesen televisyen lain, jadi, saya perlukan dia untuk mengajar saya dan dia perlukan saya untuk belajar fighting.

Dalam pada itu, Hairul berkata tiada apa yang perlu diperjelaskan lagi kerana semuanya sudah terjawab dan dia berharap semua pihak faham dan tidak mempersoalkannya lagi.

Perkembangan terbaru, Hairul kini sedang menjalani penggambaran Drama ‘Misiku Kuza 2’ bersama Areja Lee dan kini sibuk menguruskan studio miliknya iaitu Hello Studio.

Apapun, kami doakan semoga kerjaya Hairul bertambah maju. Kepada pembaca setia OHBULAN! jom lihat dulu foto-foto terbaru jejaka kacak ini.

SKIP THIS AD ×